Sunday, April 3, 2011

Mesir sekat konvoi bantuan ke Gaza ! Revolusi Mesir belum berjaya !


HHRS 2.0 - Tentera Mesir menghalang kemasukan konvoi bantuan semen ke Gaza. Seperti dilaporkan Press TV, wakil antarabangsa yang terdiri daripada pasukan dianggotai 15 orang yang mengiringi konvoi bantuan kemanusiaan untuk menghentikan sekatan Gaza mengatakan, tindakan tentera Mesir yang menghalang kemasukan kiriman ini ke Gaza menunjukkan bahawa revolusi Mesir belum berjaya mengubah dasar-dasar Kaherah berkaitan kebangkitan rakyat Palestin.

Pasukan antarabangsa ini sudah berada di Mesir seminggu lamanya namun sampai saat ini mereka masih belum menerima kebenaran memasuki Gaza lewat perbatasan Rafah Mesir.

Penguasa tentera Mesir mendesak delegasi antarabangsa untuk Gaza agar segera meninggalkan negara ini.

Sementara itu, kerajaan peralihan Mesir didesak untuk mendedahkan faktor-faktor yang menghalang terlaksananya tuntutan para revolusioner.

Hilmi al-Jazar, salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir menyatakan hal itu dan menambah, kelambanan kerajaan peralihan dalam melaksanakan tuntutan revolusi menunjukkan adanya faktor-faktor dominan yang menghalang.

Al-Jazar menambah, sejumlah kelompok menghalang kerajaan peralihan untuk bekerja dengan baik, dan amat dikesali anasir rejim Mubarak masih hidup bebas dan tidak ditahan. (IRIB / AHF)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template