Monday, April 4, 2011

MCA mahu Kelantan kembali ke era jahiliah ( Gelombang tuntut judi )

Gelombang merah, Gelombang tuntut judi. mana perginya pencacai UMNO, PERKASA dan sekutunya yang berkokok pejuangkan agama?
Harakahdaily Kehidupan rakyat Kelantan akan kembali ke zaman jahiliah sekiranya MCA berjaya dalam kes saman berhubung larangan menjual tiket loteri di negeri ini.
“Apa kata sekiranya MCA berjaya dalam kes di atas, kemungkinan besar mereka juga boleh membangkit isu hak rakyat untuk berhibur seperti kelab malam, disko, rumah urut dan pelbagai pusat hiburan seperti di bandar-bandar besar di pantai barat.
“Ini bermakna kita membenarkan pelbagai kegiatan haram dan aktiviti gejala sosial dibolehkan,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Media hari ini melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bercadang membawa isu larangan menjual tiket loteri ke mahkamah selepas kerajaan Kelantan tetap mengharamnya.
Sebelum ini Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji kemungkinan wujud percanggahan dengan perlembagaan ekoran larangan kerajaan Kelantan terhadap penjualan tiket loteri.
Selepas kajian dibuat, kerajaan negeri minggu lepas mengumumkan tidak berlaku percanggahan dengan perlembagaan persekutuan terhadap larangan tersebut.
Sejak 1990 Kelantan melarang semua kegiatan perjuadian memandangkan ia mendatang kesan negetif kepada kehidupan rakyat.
Anuar yang juga Adun Kota Lama berkata, rakyat Kelantan harus berwaspada dengan senario kemungkinan kes tersebut dimenangi MCA.
“Maka pelbagai perjudian seperti TOTO, 4 Digit, Big Sweeps dan sebagainya akan tumbuh secara berleluasa di Kelantan seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.
“Ini kerana undang-undang Persekutuan meluluskan lesen perjudian tersebut dan kerajaan negeri tiada hak menghalang aktiviti judi di kalangan rakyatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Sedangkan, kata beliau rakyat Kelantan berbilang kaum sejak 1990 hidup dalam suasana harmonis dan mempunyai nilai-nilai moral tinggi.
“Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyekat kegiatan ada unsur-unsur negatif yang boleh meracuni anak cucu kita.
“Saya menyeru kepada alim ulama mengadakan solat hajat perdana bagi memohon pertolongan Allah SWT memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan dalam mempertahankan pengharaman judi,” katanya.
Beliau juga meminta tokoh-tokoh agama lain memberi sokongan moral kerana semua agama mengharamkan kegiatan perjudian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template