Thursday, April 7, 2011

Libya bagi AS minyak. AS balas dengan uranium


HHRS - Serangan pasukan Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) ke Libya menimbulkan banyak kritikan dan kecaman. NATO menyerang Libya menggunakan bom yang mengandungi uranium walaupun berkadar rendah. Selain meninggalkan kerosakan ekosistem, bom-bom uranium NATO juga mengakibatkan kesan penyakit bagi beberapa generasi akan datang. Bukan hanya itu sahaja, tindakan NATO di Libya juga telah merosakkan sumber negar tersebut. Langkah tersebut merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan pasukan NATO dan patut mendapat kecaman luas.

Menurut sejumlah laporan, pasukan NATO dalam operasi ketenteraan di Libya menggunakan uranium yang berkadar rendah. Laporan pemerhati tentera di Pejabat Berita Ria Novosti menujukkan bahawa pasukan NATO menggunakan bom yang mengandungi uranium berkadar rendah untuk menghancurkan kereta kebal dan kenderaan perisai militer Diktator Libya, Muammar Gaddafi. Menurutnya hanya Amerika yang mempunyai senjata pemusnah kenderaan lperisai. Oleh kerana itu, wajar jika mereka menggunakan senjata uranium berkadar rendah.

Dalam laporannya, penganalisis ini mengajukan bukti dari sejumlah media di Libya bahawa bom uranium yang dijatuhkan di negara ini berjumlah sekitar dua tan. Menurutnya, uranium akan berubah menjadi wap jika terkena hawa panas. Jika hal ini terjadi maka uranium akan menjadi racun dan menjadi penyebab kanser. Selain itu, tidak ada topeng yang mampu melindungi manusia dari wap uranium ini. Mereka yang menyedut wap ini tidak akan mampu memiliki anak yang sihat dan selamat secara genetik. Oleh demikian gencatan senjata serta merta perlu untuk mencegah penggunaan senjata ini di Libya.

Sementara itu, serangan NATO ke Libya kian rancak di saat rakyat revolusi Libya menguasai sejumlah besar wilayah di negara ini. Di sejumlah wilayah masih terjadi pertengkaran sengit antara pasukan pro Gaddafi dan rakyat.

Adapun Amerika Syarikat disebut-sebut sebagai satu-satunya negara yang banyak memanfaatkan uranium dalam sistem persenjataannya. Dalam persidangan ICBUW tahun 2000 di Sepanyol disebutkan bahawa AS tercatat pengeluar dan pengeksport terbesar senjata terlarang di dunia. Amerika selama 50 tahun melengkapkan sistem persenjataannya dengan senjata terlarang. Selain itu, pakar lingkungan hidup dan kesihatan menyebutkan senjata yang mengandungi uranium akan meninggalkan kesan negatifnya selama empat bilion tahun serta dapat memusnahkan beberapa generasi manusia.

Memandangkan bahayanya senjata uranium, maka serangan NATO ke Libya dengan alasan untuk membantu rakyat revolusi yang menggunakan bom-bom uranium sebesar 60 peratus mampu memusnahkan beberapa generasi Libya. Terjadinya kekacauan di Libya dan keluarnya sejumlah kakitangan minyak dari negara ini, maka Barat memiliki kesempatan untuk mengisi kekosongan tersebut dan menguasai minyak di negara Afrika Utara ini. Inilah tujuan utama campur tangan tentera NATO di Libya. Sekali lagi, minyak menjadi faktor berlakunya perang-perangan di negara-negara kaya minyak dan menjadi alasan bagi negara asing untuk menjajah. (irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template