Friday, April 29, 2011

Leila Trabelsi , isteri Ben Ali adalah agen Mossad Israel

HHRS 2.0 - Abdul Rahman Subir baru-baru ini menyampaikan pernyataan mengejutkan. Pengawal bekas Presiden Tunisia, Zen El Abedeen Ben Ali tersebut menyebut Leila Trabelsi (El Trabolsi), isteri Ben Ali adalah agen Mossad Israel yang direkrut sejak tahun 1990.

Subir juga menyebut bahawa bekas First Lady of Tunisia itu adalah agen Mossad yang terlibat dengan operasi pembunuhan terhadap para pemimpin Palestin dari pertubuhan PLO ketika mereka diasingkan di Tunisia pada awal tahun 90-an.

Leila Trabelsi direkrut menjadi agen Mossad pada tahun 1991 oleh dua orang pegawai perisikan Tunisia untuk membunuh pengusaha, Eltaief Kamel, yang ketika itu merupakan sahabat dekat Ben Ali. Kamel dibunuh kerana tidak bersetuju perkahwinan Ben Ali dengan dirinya. Tetapi reaksi Ben Ali justru mengejutkn, dia telah meminta agar Leila tenang dan tidak terburu-buru dalam pembunuhan terhadap temannya itu.

Dalam kesaksiannya, Subir menekankan bahawa penangkapan Muhammad Ali Mahjoubi, bekas Menteri Dalam Negeri Tunisia, dengan dalih menjadi perisik bagi Israel, adalah sebuah tindakan kejuruteraan, yang bekerja terutama untuk menenangkan opini awam antarabangsa dan rakyat Tunisia.(suaraislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template