Thursday, April 21, 2011

Lebih 100 agen Mossad ditangkap. Mossad akui tidak mampu berdepan Hizbullah

Image
HHRS 2.0 - Seorang ketua di agensi perisikan Israel mengakui agen Mossad tidak mampu berdepan dengan Hizbullah di Lubnan. Diakui bahawa agensi perisikan Israel terjebak dalam krisis dalaman dan buntu apabila berdepan dengan Hizbullah.

Laporan ini menambah, kelemahan perisikan Zionis dalam menghadapi kelompok perjuangan rakyat Lubnan yang dipimpin Hizbullah telah menimbulkan konflik dalaman tersendiri dalam lembaga keselamatan dan tentera rejim ini, yang memuncak selepas kekalahan memalukan semasa perang 33 hari, Julai-Ogos 2006.

Dalam beberapa bulan terakhir tentera Lubnan dan Hizbullah berjaya membongkar sejumlah rangkaian perisikan Israel di wilayah selatan Lubnan. Lebih dari seratus orang ditangkap berkaitan tuduhan mengintip untuk kepentingan Rejim Zionis Israel. (konspirasi/irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template