Wednesday, April 20, 2011

Keluarga Najib kuasai kepentingan Masjid Kg Baru- Dr Lo’ lo

Keadilandaily - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mendedahkan bahawa keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menguasai sepenuhnya kepentingan Masjid di Kampung Baru.
Manakala pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid pula tidak pernah dibuat sehinggakan masyarakat di Kampung Baru sendiri tidak boleh akses berkenaan kewangan dan ketelusan pengurusan masjid.
Menurutnya, semasa beliau mengajukan soalan mengenai projek RM20 juta semasa sidang Parlimen baru-baru ini, Najib hanya menjawab secara ringkas bahawa projek tersebut masih dalam perbincangan.
“Soalan saya tentang isu projek RM20 juta Masjid Kampung Baru tidak pula di jawab, tetapi mengatakan masih dalam perbincangan dan tiada apa-apa pelantikan dibuat lagi.
“Tetapi laporan media memberitahu reka bentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela oleh syarikat adik Najib, NRY Architects yang dimiliki Datuk Nazim Razak,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Kata Dr Lo’ lo’, semasa sesi pertanyaan di Parlimen Mac lalu, beliau turut meminta supaya  tawaran dibuat secara tander terbuka dan bukan secara runding terus.
“Saya juga minta supaya dibuat tawaran tender terbuka bukan ‘direct nego’,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.
Pada awal Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM 20 juta bagi membiayai projek naik taraf masjid berkenaan.
Peruntukan bagi masjid itu akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAM)), Badrul Hisham Shaharin baru-baru ini mendakwa kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru  itu diberi kepada firma arkitek adik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Badrul menggesa perdana menteri memperjelaskan perlantikan firma Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik perdana menteri yang menurutnya kedua–duanya ada pertembungan kepentingan.

1 comments:

Anonymous said...

Makluman: Buku teori konspirasi dari Ibnuyaacob kini di Pesta Buku Antarabangsa.
http://ibnuyaacob.com/?p=1680

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template