Sunday, April 10, 2011

Jauh bezanya Samantha dengan " RM "

Ini RM

HHRS 2.0 - Perdana Menteri Inggeris, David Cameron dan isterinya Samantha, terbang ke Sepanyol dengan pesawat "bertiket murah" untuk bercuti selama dua hari. Percutian dua hari pasangan itu untuk merayakan ulang tahun ke-40 Samantha, kata satu sumber kerajaan, Khamis (7 / 4).

Pasangan tersebut pergi ke Sepanyol menaiki "pesawat dengan tiket murah, "kata sumber itu, saat ia membantah laporan akhbar Sepanyol bahawa itu adalah pesawat easyJet.


David dan Samantha Cameron sedang menunggu penerbangan mereka

Surat khabar Sepanyol, El Pais, melaporkan pasangan tersebut tiba di bahagian selatan Sepanyol, Rabu (6 / 4) larut malam, dan kemudian pergi naik kereta ke bandar bersejarah Granada, tempat benteng Alhambra berada, yang dibina oleh penguasa Moor pada abad pertengahan di Sepanyol . Pasangan itu menginap di satu hotel "kelas menengah", kata laporan tersebut, dan mereka dijadualkan kembali ke London, Jumaat ini.

Samantha Cameron memasuki usia 40 tahun pada 18 April. Itu adalah bercuti pertama mereka ke luar negeri sejak Cameron memangku jawatan pada Mei tahun lalu. Pada musim panas lalu, percutian keluarga tersebut di Cornwall, bahagian barat-daya Inggeris, terganggu ketika Samantha melahirkan seorang bayi perempuan.

Pasangan itu mempunyai tiga orang anak. Anak pertama mereka, Ivan, yang menderita kelumpuhan otak besar dan epilepsi parah, meninggal secara mendadak pada Februari 2009, dalam usia enam tahun. Isteri Timbalan Perdana Menteri Nick Clegg, Miriam Gonzalez adalah warganegara Sepanyol dan mereka biasa menghabiskan percutian musim panas mereka di Sepanyol. (kompas)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template