Tuesday, April 26, 2011

Izzah kemuka tiga tuntutan kepada Taib Mahmud

Keadilandaily -  Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa tiga tuntutan daripada kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas BN mendapat mandat pada Pilihan Raya Sarawak yang lalu.
Pertama, katanya, beliau menuntut supaya kerajaan pimpinan Taib  segera menggesa kerajaan persekutuan memansuhkan pengisytiharan darurat di negeri itu.
“Pada 24 Mac 2011, saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat untuk bukan sahaja menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia.
“Malangnya, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat, kerajaan pusat masih lagi degil dan belum bersedia untuk memansuhkannya,” ujar Izzah.
Kedua, katanya, beliau menuntut supaya Taib Mahmud mengembalikan semula hak rakyat Sarawak dengan memastikan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia ditunaikan sepenuhnya.
Manakala ketiga, kata Izzah, beliau menutut supaya Taib menggesa kenaikan royalti minyak 20 peratus untuk kepentingan rakyat negeri Sarawak, supaya kekayaan hasil bumi di negeri itu dapat disalurkan terus kepada rakyatnya.
“Kesemua tuntutan ini dibuat seiringan dengan usaha memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasan mereka dalam memastikan hak dan keperluan rakyat didahulukan, mendahului kepentingan mana-mana pimpinan politik,” katanya.

1 comments:

HHRS 2.0 on April 26, 2011 at 6:27 PM said...

sudah di link kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template