Sunday, April 3, 2011

Israel dihujung tanduk


HHRS 2.0 - Perdana Menteri Israel meminta PBB membatalkan laporan yang mengecam Tel Aviv atas kejahatan perang di Jalur Gaza. Benyamin Netanyahu menyeru kepada PBB untuk menarik kembali laporan pasukan penyiasatan PBB untuk urusan jenayah perang rejim Zionis dalam perang 22 hari.

Richard Goldstone dalam laporannya menyebut Israel menggunakan kekuatan yang sengaja menyasarkan penduduk awam dan menghancurkan infrastruktur awam, serta menggunakan perisai manusia dalam perang di Jalur Gaza.

Lebih dari 1400 warga Palestin, termasuk perempuan dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan yang memporak-perandakan Gaza pada tahun 2009.

Sebelum ini, Dewan HAM PBB memberi laporan Goldstone ke Majlis Keselamatan PBB. Keputusan ini disambut baik masyarakat dunia dan agensi antarabangsa, namun menuai kecaman dan mencetuskan kebimbangan pegawai Tel Aviv.

Timbalan Setiausaha Liga Arab urusan Palestin, Mohammad Sabih menyambut positif keputusan lembaga hak asasi antarabangsa tersebut, seraya berkata, pelaku kejahatan dalam perang 22 hari di Gaza harus diadili sebagai jenayah perang.

"Sikap mendiamkan diri masyarakat antarabangsa mendorong rejim Zionis meneruskan kejahatannya terhadap rakyat Palestin," tegasnya.

Laporan Goldstone berlangsung di saat desakan masyarakat dunia atas Israel kian meningkat dari sebelumnya.

Kedudukan Israel semakin tersepit menyusul ketegangan dalaman Tel Aviv. Media-media Rejim Zionis Israel sebelum ini mengesahkan pertikaian antara Perdana Menteri Benyamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman.

Kestabilan rejim Israel semakin rapuh menyusul tumbangnya rakan berhampiran Israel semacam Hosni Mubarak di Mesir yang berperanan menjadi mediator kepentingan Tel Aviv di Timur Tengah. (Irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template