Friday, April 29, 2011

Ini dia tanda-tanda tulisan jawi mengalami kepupusan

ejaan betul عمالن


Tulisan Jawi hadapi bahaya kepupusan - Ahli Akademik


KUALA LUMPUR 28 April — Semua pihak perlu bersama-sama menghidupkan semula program membaca dan menulis dalam tulisan Jawi demi memastikan tulisan Melayu tertua itu tidak hilang dan pupus ditelan arus pemodenan sekarang, kata seorang ahli akademik hari ini.

Ketua Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Sains Malaysia, Dr. Wan Ali Wan Mamat berkata, sehingga kini kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran masih menggunakan tulisan Jawi dalam satu subjek di peringkat sekolah rendah dan menengah, bagaimanapun ia masih belum mencukupi.

"Selain kerajaan, pihak swasta juga perlu memainkan peranan dengan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi kerana setakat ini hanya akhbar Utusan Melayu yang masih menggunakan tulisan itu.

"Bagaimanapun ia bakal hilang dalam arus pemodenan sekiranya tiada usaha untuk menyelamatkannya” kata Wan Ali.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Wacana Manuskrip Melayu ‘Paleografi Melayu: Pengenalan kepada Tulisan Melayu Lama’ di Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. — Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template