Saturday, April 23, 2011

Iklan Subaru di Israel: Aksi kereta Subaru melanggar kanak-kanak Palestine

HHRS 2.0 - Sungguh brutal, sebuah iklan kereta Jepun di Israel mempromosikan aksi langgar lari terhadap anak-anak Palestin.

Sebagaimana dilaporkan bilik berita Xinhua, iklan komersial yang diterbitkan dealer Subaru di Israel itu, memaparkan adegan foto tahun lalu, ketika seorang penduduk Israel menyerang dua kanak-kanak Palestin dengan keretanya di kawasan penempatan Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bukan hanya itu saja, iklan kereta Subaru itu juga memasang ungkapan bernada provokatif dalam bahasa Bahasa Ibrani di sudut kanan gambar, berbunyi: "Kita akan lihat siapa yang dapat bertahan menghadapimu".

Pihak Ramallah pimpinan Mahmoud Abbas menyebut promosi tindakan agresif itu sebagai iklan kotor dan ajakan terbuka untuk melanggar anak-anak Palestin hingga terbunuh.

Akibat serangan  kereta itu, dua kanak-kanak Palestin berusia 10 dan 12 tahun menderita patah kaki. Penyerang kedua Palestin itu bernama David Be'eri, seorang pengarah Elad, sebuah syarikat pemaju hartanah. Syarikat itu bertindak memujuk orang Yahudi untuk berpindah ke persekitaran padat di Baitul Maqdis Timur.

Baitul Maqdis Timur merupakan sebahagian dari wilayah Palestin, yang diduduki Tel Aviv pada tahun 1967.  Kawasan tersebut bakal dijanjikan sebagai ibukota negara Palestin di masa depan.(irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template