Sunday, April 24, 2011

Formula lawan zionis: Tangkap tentera Israel = tahanan rakyat palestine bebas

HHRS 2.0 - Gerakan Jihad Islam di Beirut meminta kumpulan-kumpulan muqawama Palestin meningkatkan penangkapan tentera Zionis.

Pejabat berita Qodsna mengutip dari halaman "Palestine Today" menyebutkan, Haitsam Abu Ghazlan meyakini bahawa satu-satunya jalan untuk membebaskan para tawanan Paletin adalah menahan tentera Zionis lebih banyak lagi ". Kenyataan itu dikemukakannya dalam aksi mogok di depan pejabat Palang Merah di Beirut dalam rangka menyokong para tawanan Palestin di penjara-penjara Israel.

Dalam aksi mogok itu, hadir dan berpidato pula Marhaj Bashara bekas menteri kabinet Lubnan, Marwan Faris ahli parlimen Lubnan, Haaj Ataullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Tahanan Palestin dalam gerakan Hizbullah.

Mereka menekankan tindak balas terhadap segala bentuk kerakusan Zionis serta menilai bahawa satu-satunya cara paling efektif untuk membebaskan tawanan Palestin adalah menangkap tentera Zionis yang lebih banyak. (irib)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template