Sunday, April 17, 2011

24 protokol zionis :, "Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak" Memang bijak susun atur APCO


HHRS2.0 - Sampai ke mati tak boleh menang kalau Pakatan Rakyat terus bertanding dalam pilihan raya anjuran SPR. Banyak pilihan lain. Bukan dengan pilihan raya.
Mari kita faham beberapa rangkap dalam 24 protokol zionis dalam protokol yang pertama dan yang ke sepuluh:
1. Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijakMereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.
10. Yahudi akan membawa masuk racun 'Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.
Siapa APCO? Satu dunia tahu APCO yang dilantik oleh rejim Najib sebagai tuan penasihat ada pertalian dengan Israel Laknat. 
Sampai bila-bila pun SPR dan BN akan terus menipu dan Pakatan Rakyat terus kena tipu dalam pilihan raya.
Apa pun. Tahniah untuk Pakatan Rakyat berjaya tambahkan 15 kerusi DUN.
Bil. undi di bawah dicedok dari blog baginda:-
BN - 55 (372,379 undi)
PKR - 03 (117,100 undi)
DAP - 12 (134,847 undi)
PAS - 0 (9,719 undi)
SNAP - 0 (15,663 undi)
PCM - 0 (2,895 undi)
Bebas - 01 (20,064 undi)

bermakna undi BN = 372379
undi Pakatan Rakyat +++ undi pembangkang yg lain = 300 288. (372379-300288=72091)

lebihan yg sokong BN adalah seramai 72 091 shj......

Persaingan Pakatan-BN tidak di atas padang yang rata- Azmin Ali


Keadilandaily - Persaingan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak tidak dilakukan di atas padang yang rata, apabila agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia terus diperalat untuk kepentingan parti pemerintah.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin sekiranya proses pilihan raya dijalankan secara telus, Pakatan Rakyat mampu mencatatkan keputusan yang lebih baik.
“Sekiranya persaingan pilihan raya kali ini diadakan di atas ‘padang permainan yang rata’, Pakatan Rakyat akan berjaya menafikan majoriti dua pertiga  Barisan Nasional,” jelasnya pada sidang media di Bilik Gerakan KEADILAN di Satok malam tadi.
Beliau mengutuk tindakan SPR, yang tidak mengeluarkan Borang 14, iaitu borang pengesahan undi di setiap saluran mengundi, kepada pegawai-pegawai KEADILAN. Malah katanya, kejadian tersebut berlaku di hampir seluruh kawasan yang ditandingi parti itu.
“Pegawai pilihan raya tidak membenarkan wakil parti atau ejen pengundian untuk mendapatkan borang 14, sedangkan di bawah undang-undang pilihan raya (12 B)  jelas menunjukkan bahawa SPR wajib untuk mengeluarkan borang 14, kepada wakil yang bertanding, tetapi ia tidak dilakukan.
“Ini menimbulkan keraguan kerana angka-angka yang tercatat di dalam borang tersebut boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya juga menghubungi SPR berulangkali untuk mendapatkan penjelasan, tetapi sehingga selesai proses pengundian kita tidak mendapat sebarang maklum balas,”  katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.
Beliau memaklumkan KEADILAN akan meneliti perkara tersebut dan akan mendapatkan maklumat daripada ejen pengiraan sebelum mengambil tindakan seterusnya.
“Saya sangkakan ia hanya kes terpencil yang bermula di DUN Asajaya. Tetapi, selepas jam 2 petang, kami mendapat maklumat bahawa arahan diberikan kepada semua pegawai SPR untuk tidak memberikan Borang 14 kepada ejen pengundian KEADILAN.
Berhubung keengganan SPR untuk melakukan kiraan semula undi di DUN N65 Senadin yang hanya berbeza dengan 58 undian, Azmin berkata, pihaknya bercadang untuk membuat bantahan rasmi.
“Kita akan dapatkan maklumat daripada ejen pengundian dan membuat bantahan rasmi dalam masa terdekat,” ujarnya.
Azmin tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan ‘imbuhan’ pada saat-saat terakhir yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
“Contohnya di rumah panjang Juman, Sungai Assap dalam DUN Belaga yang terdiri daripada mereka yang dipindahlan dari Ulu Bakun. Mereka telah menetap di rumah panjang dan menunggu selama 12 tahun untuk mendapatkan pampasan tanah.
“Selepas satu hari lawaatan saya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing datang dan menyerahkan cek kepada penduduk kampung. Mungkin itulah sebab utama keputusan di kawasan tersebut berubah,” katanya


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template