Friday, April 15, 2011

Ceramah DAP diganggu polis, lebih 10,000 tak berganjak dalam hujan

Keadilandaily -  Walaupun hujan renyai, kira-kira 10,000 hadir ceramah Grand Finale anjuran DAP – sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat di kawasan tempat letak kereta Restoran Alisan di Stutong.
Namun, ceramah Pakatan Rakyat – seperti biasa mendapat gangguan polis hingga menyebabkan program berkenaan terpaksa, dihentikan seketika.
Ia berikutan sepasukan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) naik ke pentas ketika pengasas DAP Sarawak, Chong Shou Jiang berucap kira-kira jam 7.50 malam.
Gelombang Ngap Sayot di Sarawak tak kenal etnik. Semua mahu tumbangkan BN, tumbangkan Taib Mahmud
Mujur, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua selepas mengadakan rundingan denagn polis, memaklumkan kepada hadirin yang ceramah itu dibenarkan untuk disambung.
“Polis kata, mereka hanya jalankan arahan pihak atasan. Pihak atasan itu ialah pemimpin Barisan Nasional (BN),” kata Tony – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dengan disambut sorakan hadirin.
“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,” kata Tony lagi.
Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template