Sunday, April 10, 2011

Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli dan diugut


Petugas PAS Johor di n03 Tanjung Datu bagi PRN Sarawak telah di halau dua kali dari rumah kediaman. Tindakan bacul BN Sarawak yang mengugut tuan rumah telah menaikkan semangat kami. Ia menunjukkan kempen yang kami lakukan berkesan dan menimbulkan rasa gerun lawan. Kediaman pertama yang merupakan sebuah homestay telah diugut oleh kementerian pelancongan untuk ditarik semula permit homestay yang di usahakan dan pemilik rumah ke dua yang merupakan seorang peniaga telah diugut oleh kementerian perdagangan untuk di tarik permit perniagaan dan di blacklist perniagaan mereka. Mereka mengharapkan kami keluar dari Sematan tetapi ia cuma mimpi manis mereka semata.  Jikapun terpaksa berkhemah di tepi pantai, kami tidak akan sekali-kali meninggalkan bumi Semantan selagi perjuangan di sini belum selesai. Doakan kami
Berg@TKO via msg


Harakahdaily -  PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.
(Gambar: Calon PAS Tanjung Datu, Nani Shaari)

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.

Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.

"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
(Gambar: Mahfuz menunjukkan salinan repot polis yang dibuat)
"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.
Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template