Saturday, April 2, 2011

BN Sarawak rampas lebih banyak tanah daripada Raja Brooke


Anwar menunjukkan lambakan tanah rakyat yang dirampas BN
KD - Pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak merampas lebih banyak tanah hak rakyat berbanding Raja Brooke – penjajah British, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Ketua Umum KEADILAN itu, berkata perbuatan merampas itu tidak diketahui umum kerana ia diselindungkan media tempatan yang dikawal mereka.
“Lebih banyak tanah yang diambil oleh kerajaan BN berbanding Raja Brooke semasa pentadbiran British.
‘Kita tengok, semua syarikat yang dapat balak ialah anak Taib Mahmud, Alfred Jabu. Orang Iban dapat apa?” katanya kepada penduduk di rumah panjang Kampung Pakit, Temudok dalam DUN Bukit Begunan, hari ini.
Pada ceramah kelompok itu, beliau turut memaparkan peta imej tanah yang dirampas pimpinan BN Sarawak.
Selain itu, beliau turut kesal kerana orang Iban, Bidayuh dan Melanau di Bumi Kenyalang sengaja dilaga-lagakan parti pemerintah dalam soal pemilikan tanah.
Beliau berkata, pertikaian tuntutan tanah antara suku-suku kaum pribumi di Sarawak  tidak akan selesai jika masyarakat di negeri itu terus berbalah dan berpecah.
Anwar turut membandingkan kemudahan yang diperoleh rakyat Sarawak dengan Selangor yang benyak menikmati program berbentuk kebajikan.
“Orang Sarawak terutama di pedalaman, tak tahu di Selangor ada skim air percuma, hadiah masuk universiti, dan tabung warisan untuk anak Selangor yang baru lahir. Tapi, perkara ini tidak pernah dilapor.
“Media akwalan kerajaan menysembunyikan berita-berita yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Anwar berkata, pendekatan Pakatahn rakyat jauh berbeza dengan gelagat pimpinan BN yang hanya ‘bijak’ menaikkan harga barang keperluan rakyat, terbaru menaikkan harga petrol RON 97  yang bermula tengah malam semalam.
“Harga barang naik dan semalam pun baru naik harga minyak. Ini kerajaan BN memang betul-betul kerajaan “Barang Naik,” katanya merujuk kenaikan kali kelima harga petrol sejak Datuk Seri Najib Razak menerajui Malaysia.
Terdahulu, Anwar menyampaikan ceramah Kampung Punggok Tinting dan Kampung Melugu Jumbit, dekat Seri Aman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10470

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template