Saturday, April 16, 2011

Terkini PRN Sarawak: SPR perosak demokrasi benarkan BN dirikan pondok panas. Bantahan tidak diendahkan

NONE
Laporan terkini. SPR suruhanjaya perosak demokrasi!!!


10 PAGI – N44: Petugas KEADILAN tangkap kes undian 2 kali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machan. Bantahan dibuat tapi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan tandatangan borang bantahan. DASAR barua BN!
Petugas KEADILAN sedang berunding dengan pegawai SPR di SK Ulu Ranan yg tidak mahu terima bantahan.

10.42 PAGI – Laporan tidak rasmi menyebut terdapat tiga pusat mengundi yang dilapor telah ditutup dan peratusan pengundi yang keluar di pusat berkenaan adalah seperti berikut: N18 Tebedu – 60 peratus , N21 Simunjan – 60 peratus(peratusan tidak rasmi).
Calon KEADILAN di N18 adalah Dr Christopher anak Kiyui, dan di N21 calonnya adalah Mashor bin Hossen.


10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.





Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberitaMalaysiakini
10.50 PAGI – Berikut adalah peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di tiga Dun berikut: N35 Belwai – 53 peratus , N11 Batu Lintang – 11 peratus.
10.54 PAGI – Peratusan yang keluar mengundi di N70 Ba’ Kelalan dilaporkan sebanyak 70 peratus. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian merupakan calom KEADILAN di N70 Ba’ Kelalan.
11.00 PAGI – Terdapat dua Dun yang peratusan keluar mengundinya dilapor masih rendah. Dun tersebut adalah N30 Saribas – 30 peratus dan N28 Engkelili – 30 peratus.

11.05 PAGI – Calon KEADILAN N28 Engkelili, Marudi anak Mawong dilapor dihalang masuk ke pusat pengundian ketika melakukan lawatan.


11.20 pagi – Di N27 Dun Simanggang, DAP membuat laporan kepada polis dan SPR kerana BN dikatakan mempunyai pondok panas dalam kawasan pusat mengundi SK Sri Aman Kampung Muhibbah, dan juga kewujudan kain rentang BN dalam jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.
Calon DAP, Leon Donald menentang calon SUPP Francis Harden di Simanggang.
11.30 pagi – Di N07 Semariang, BN membina pondok panas di luar pagar pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya sekarang tidak membenarkan pondok panas dibina. KEADILAN membuat bantahan kepada SPR namun mereka tidak mengendahkan laporan itu.
Perkara yang sama juga dilapor berlaku di N33 Dun Kalaka. Pondok panas BN berada dalam zon bebas 100 meter dari pusat pengundian di Kampung Kabong, Sekolah Kebangsaan Chung Hwa, Sekolah Abg Leman, Sekolah Kebangsaan Kupang.


1135am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.
"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.
Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.
Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.
"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).
Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.


11.40 pagi – Peratusan keluar mengundi di N35 Dun Belawai sudah mencecah 41 peratus.


11.54 pagi – Tiga pusat membuang undi di dalam N51 DUN Balingian ditutup jam 11.30 pagi tadi. Antaranya Kenyana, Suyong dan Liok, manakala peratusan keluar mengundi di daerah Tutus dalam DUN Balingian sebanyak 60.77 peratus.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template