Thursday, April 14, 2011

Awan robot sejukkan stadium di Piala Dunia Qatar


HHRS 2.0 - Qatar University menawarkan awan robot sebagai penyelesaian untuk mengatasi panas semasa Piala Dunia 2022 kelak berlangsung di negara tersebut. Abdul Ghani, ketua jurutera mekanik dan industri Qatar University, membuat robot yang menyerupai struktur awan yang dibuat daripada karbon ringan dan mengandungi gas helium.

Awan tersebut terapung seperti helikopter dan dapat dikendalikan dari jarak jauh untuk melindungi penonton. Di Lulanic Iconic Stadium, awan robot ini dapat melindungi 86250 penonton. Ia boleh diatur untuk bergerak mengikuti arah Matahari sehingga penoton di stadium tetap dilindungi.

Awan tersebut melengkapi sistem pendingin yang sudah dirancang di stadium. Secara arsitektural, Foster and Partners telah merekabentuk stadium menggunakan cahaya matahari sebagai sumber kuasa. Salah satunya untuk menghidupkan pendingin.

Pada ketika FIFA mengumumkan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022, Disember tahun lalu, Qatar dengan cepat bertindak balas terhadap segala keragu-raguan, termasuk masalah suhu yang tinggi. Pada musim panas, suhu di Qatar boleh mencapai sekitar 48 darjah celsius. Selain masalah suhu, Qatar juga berdepan dengan masalah keselamatan dari keganasan dan perlakuan terhadap wanita. (national geographic)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template