Monday, April 4, 2011

AMK fail permohonan qazaf terhadap Datuk T


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memfail permohonan qazaf terhadap trio ‘Datuk T’ di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, petang ini.
Ia difailkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berikutan fitnah berterusan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video fitnah , tiga minggu lalu.
“Kita memfail laporan mengikut Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang berkaitan dengan isu qazaf. Ia difail terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Shuib Lazim,” katanya selepas memfail permohonan itu.

Qazaf ialah tuduhan jenayah terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki dan tertakluk dalam Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Kata Shamsul, permohonan itu dibuat rentetan beberapa kenyataan susulan trio itu yang menjurus kepada menuduh Anwar melakukan perkara tidak bermoral.
“Undang-undang syariah memperuntuk mereka yang menuduh orang lain melakukan zina, perlu membawa empat orang saksi. Jika gagal, prosiding qazaf boleh dimulakan terhadap mereka,” katanya.
Jika  Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon pembatalan permohonan qazaf itu, beliau berkata,  ia mengesahkan fitnah terhadap Anwar adalah rekayasa politik peringkat tertinggi berikutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah berbuat demikian dalam  permohonan qazaf terhadap pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.
Shamsul berkata, prosiding itu  adalah usaha menggunakan ruang undang-undang untuk menyelesaikan fitnah terhadap Anwar mengikut saluran perundangan.
Katanya, pegawai Jawi yang menerima laporan memberi jaminan akan memanggil trio itu untuk disiasat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10597

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template