Wednesday, April 27, 2011

Amerika asyik merompak MINYAK tetapi terlupa dengan bekalan AIR

HHRS 2.0 - Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat berkata, perubahan iklim akan memotong pengaliran air sungai di bahagian barat negara itu dan menyebabkan kekurangan bekalan air melibatkan jutaan penduduk Amerika.

Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh lembaga tersebut pada hari Isnin (25 / 4), pemanasan global akan mengurangkan paras air di beberapa sungai terbesar di Amerika Barat sehingga 20 peratus pada abad ini.

Sungai-sungai yang terancam krisis air meliputi Colorado, RioGrande dan San Joaquin, yang menyediakan air untuk lapannegara bahagian Amerika mulai dari Texas hingga California.

Tiga sungai akan menghadapi penurunan rata-rata paras air mulai 8 hingga 20 peratus pada tahun.

Menteri Dalam Negeri AS Ken Salazar berkata, penurunan paras air akan memyebabkan kesan serius pada bahagian barat dan selatan Amerika, termasuk daerah paling cepat pertumbuhan d iAmerika Syarikat.

"Perubahan itu secara langsung akan mempengaruhi bekalan air,yang diperlukan untuk pengambilan, pengairan tanaman, loji kuasadan mengisi tasik dan akuifer untuk kegiatan seperti, memancing,berperahu dan aktiviti ekonomi," ujar Salazar seperti dilansirReuters.

Salazar yakin laporan itu akan membantu pegawai memahamikesan jangka panjang perubahan iklim terhadap bekalan air danmengembangkan strategi untuk pengurusan sumber air yangberterusan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template