Saturday, April 2, 2011

ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata Najib (jangan harap ada PRK)

Bila orang yang paling berkuasa berkata begitu, tiada apa yang boleh dilakukan suruhanjaya yang dikudakan UMNO BN iaitu SPR. Jangan harap ada pilihan raya kecil.




ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata Najib


BALIK PULAU 2 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu.

Katanya, ADUN Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban keatasnya semalam.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template