Sunday, April 3, 2011

3,226 keluar PKR kah kah kah


Selain kemeriahan tangkapan kes rasuah besar-besaran bila menjelang pilihan raya, keluar parti beramai-ramai juga cukup meriah dengan alasan paling popular yang kerap digunakan, sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan parti sebab itu lah mereka keluar. Declare keluar parti main ribu-ribu orang. Mana datang pun tak tahu. Pembaca yang cukup bodoh saja yang akan ditipu laporan berita sebegini.



3,226 anggota PKR P. Pinang keluar parti


GEORGE TOWN 2 April - Seramai 3,226 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India hari mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.
Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M. Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di sini, hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template