Friday, April 1, 2011

29 'kerusi panas' di Sarawak

Persaingan sengit dijangka berlaku di 29 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak, demikian menurut ramalan pensyarah sains politikUniversiti Malaysia Sarawak (Unimas), Faizal Syam Hazis.

NONEFaizal (kiri) percaya semua 15 kerusi majoriti pengundi Cina, tujuh 
kerusi majoriti Iban, tiga kerusi majoriti Malay-Melanau, dua kerusi majoriti Bidayuh dan dua kerusi majoriti Orang Ulu, "boleh memihak kepada mana-mana parti".

Pada asasnya, kata beliau, ketidakpuasan terhadap kerajaan negeri sebahagian besarnya membabitkan penduduk kawasan bandar, tetapi dari segi sejarahnya, pengundi di kawasan luar bandar cenderung menyokong pembangkang disebabkan oleh personaliti calon atau isu-isu tempatan.

Faizal menjangka sokongan besar kepada pembangkang terbesar di 15 kerusi majoriti Cina, sambil menambah bahawa "penentangan" terhadap BN di kawasan Kuching pada 2006, dipercayai telah merebak ke seluruh negeri.

“Walaupun terdapat beberapa kawasan 'selamat' pengundi Cina di kawasan Miri... Saya tidak akan terkejut jika pembangkang boleh menembusinya,” katanya dalam satu forum awam di Petaling Jaya mengenai pilihan raya negeri Sarawak anjura Merdeka Centre.

Yang menarik, tambahnya, berasaskan kepada keputusan 2006, terdapat kerusi Melayu-Melanau di kawasan luar bandar yang juga berisiko, seperti kerusi Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas. 

[Baca berita penuh]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template