Wednesday, April 6, 2011

1,500 penyokong Pakatan iringi Baru Bian


KD - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N70 Ba’kelalan, Baru Bian akan menentang lawannya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Willie Liau.

Pertandingan satu lawan satu itu diumumkan tengahari tadi selepas tamat tempoh bantahan semasa proses penamaan calon berlangsung hari ini.
Sebelum itu, kira-kira 1,500 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Lawas.
Antara pimpinan yang hadir, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan tinjauan krew Keadilan Daily di lokasi pusat penamaan calon pagi tadi, dipercayai sokongan yang diberikan kepada calon KEADILAN hari ini mampu mencabar saingannya dari parti komponen Barisan Nasional Sarawak itu pada hari pengundian 16 April ini.
Baru berkata, KEADILAN tetap berhasrat untuk membawa perubahan untuk Sarawak yang telah lama dibelengu kesengsaraan.
“Kami berhasrat untuk mengembalikan hutan belantara, tanah dan sungai kepada mereka yang memilikinya. Rasuah akan dibasmi sepenuhnya,” kata Baru dipetik dari laman blognya, Suara Sarawak.
“(Tan Sri Abdul) Taib (Mahmud) hanya akan menyerahkan hasil kekayaan Sarawak kepada Putrajaya serta golongan elitis yang tamak haloba.
“KEADILAN di bawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan mencuri. Cukuplah setakat tiga puluh tahun. Sekaranglah masanya untuk berubah,” seru Baru kepada rakyat Sarawak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template