Saturday, April 23, 2011

1,000 hadir dengar Azmin dedah muslihat ’1Melayu, 1Bumiputera’



Ucapan Azmin bukan sahaja membakar semangat hadirin, bahkan mendedahkan tembelang muslihat politik Umno BN
Keadilandaily -  Lebih 1,000 orang membanjiri ceramah perdana ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung malam ini.
Mereka, kebanyakannnya keturunan Melayu mengikuti pelbagai isu semasa yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Antara isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi’ yang dibangkitkan Utusan Malaysia – sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) dan banyak lagi.
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan, konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belah perpaduan Melayu.
Hadirin khusyuk mengikuti ucapan pimpinan Pakatan Rakyat. (Gambar lebih jelas akan dimuat naik kemudian)
Ahli Parlimen Gombak itu kesal kerana Najib secara tiba-tiba menafikan hubung kait antara akhbar Utusan Malaysia dan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).
“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan Editor Utusan Malaysia.
“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahuUtusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysiahidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.
Selain Azmin dan Guan Eng turut berucap ialah Exco Pulau Pinang, Abdul Malek Abul Kassim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Azmin menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan yang tidak serius.
Terdahulu, Azmin hadir ke majlis makan malam KEADILAN Cabang Bukit Gelugor di Tapak Pesta Sungai Nibong pada jam 8 malam sempena ulang tahun ketiga penubuhan cabang berkenaan.
Pada majlis itu, seramai 30 orang menyertai KEADILAN (Untuk berita itu, klik ini)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template