Sunday, March 6, 2011

Warga Kerdau dan Merlimau bakal menyumbang kenaikkan harga minyak kali ke-5

Sergei Markov

Peluang terbaik adalah ketika waktu kejayaan besar sebegini untuk menaikkan harga minyak. Ditambah pula krisis harga minyak dunia kini. Sergei Markov meramalkan kenaikkan harga minyak dunia akan berterusan. Di Libya rakyat marhaen telah menawan dan menguasai lubuk-lubuk minyak di serata Libya. Minyak kini bukan lagi di bawah kekuasaan Gaddafi. AS dan UK bakal masuk campur tangan menggunakan ketenteraan dengan alasan misi kemanusiaan. Sebenarnya misi barat adalah menguasai semula minyak. 

Di negara yang dikuasai rejim Barisan Nasional ini, harga minyak wajib naik. Ini krisis minyak dan rejim BN akan mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga minyak. Malah rejim BN lebih berani untuk menaikkan harga minyak kesan impak pilihan raya. Terima kasih banyak-banyak warga Merlimau dan Kerdau.



Pas tewas di Kerdau, Merlimau, Umno dijangka naikkan harga minyak


KUALA LUMPUR: Umno berjaya mempertahankan Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau dengan masing-masing memperoleh majoriti 3,643 undi dan 2,724 undi.
Di  Merlimau, calon Umno, Roslan Ahmad menang sebanyak  5,962 undi menewaskan calon Pas, Ruhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.  Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.
Sementara itu, di Dun Kerdau pula,  calon Umno, Syed Ibrahim Syed Ahmad  memperoleh 5,060 undi berbanding calon Pas , Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi.
Ramai berpendapat, kemenangan Umno di dua kerusi berkenaan sudah dijangka berdasarkan faktor kedudukan Merlimau dan Kerdau yang dikira merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional.
Ia ditambah dengan kempen secara kotor Barisan Nasional yang memperalatkan media dan jentera kerajaan untuk membantu kempen mereka, selain menabur pelbagai habuan kepada pengundi.
Kerajaan juga dijangka mengambil kesempatan di atas kemenangan itu bagi menaikkan harga minyak, seperti mana yang berlaku sehari selepas Pilihan Raya Dun Tenang baru-baru ini, sebagai ‘hadiah’ kemenangan BN kepada rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8232






Sehari selepas pilihanraya DUN Tenang, harga minyak untuk RON 97 naik lagi 1o sen menjadikan harganya sekarang adalah RM 2.50. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Bagi pengguna minyak petrol RON 97, sedikit sebanyak pertambahan ini amat dirasai berbanding pengguna minyak RON 95. Kos perjalanan akan menjadi meningkat bagi setiap liter yang diisi dan digunakan.
Apa yang kami kesalkan adalah, kita tidak dapat melihat secara jelas, apakah mekanisme yang ditentukan oleh kerajaan dalam membuat keputusan bagi menaikkan harga minya ini.Selain dari pengurangan subsidi dan juga mengikut mekanisme harga minya pasaran dunia, kita tidak dijelaskan dengan terperinci bagaimana penentuan harga minyak ini dilakukan.
Alangkah elok sekiranya kerajaan dapat menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai penentuan harga minyak ini.Ini penting agar rakyat lebih faham tentang mengapa dan apakah faktor yang digunakan.Bila tak faham, sebab itu banyak rakyat yang bising-bising setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak.
Wajarkah kita sebagai rakyat, diberikan pengetahuan tentang penetuan mekanisme harga minyak? Kongsi pendapat anda dengan kami.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template