Saturday, March 19, 2011

Tips semasa menghadapi radiasi


Situasi di reaktor nuklear Fukushima masih tidak menentu. Nuklear bukan ancaman peringkat lokal tetapi mengancam global. Bencana nuklear adalah bencana sejagat. Nasihat kepada cukong, nuklear bukan jalan pintas untuk cukong-cukong kaut untung dan jadi kaya raya.

Di sini beberapa tips yang berguna jika Malaysia sudah tercemar dengan radiasi.
  • Tutup semua tingkap dan pintu
  • Tutup semua benda yang boleh membawa udara dari luar masuk seperti penyejuk udara (aircond) atau lubang.
  • Tinggal di ruang bilik yang tidak bertingkat atau kalau rumah saudara itu terdapat ruang bawah tanah adalah yang paling baik. Di Malaysia memang sukar untuk menjumpai rumah seperti ini.
  • Jangan lupa bawa radio berbateri, kotak kecemasan, makanan dan air.
  • Jangan biarkan binatang pierliharaan di luar rumah.
  • Jemur pakaian di dalam rumah.
  • Makan pil iodin kerana ia boleh menghalang kelenjar tiroid menyerap radiasi.
  • Sediakan lebih banyak bekalan air yang tidak tercemar.
  • Pastikan pengerakan arah angin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template