Tuesday, March 29, 2011

Terkini: Radiasi sudah tiba di Filipina!


Wilayah rantau asia tenggara yang telah pun menerima kesan radiasi tersebut telah merebak ke Filipina. Namun radiasi tersebut masih dalam jumlah yang kecil dan tidak membahayakan bagi manusia.

"Kami telah mengesan isotop, tetapi kami ingin meminta orang awam untuk tidak panik," ujar Tina Cerbolis, juru bicara Institut Penyelidikan Nuklear Filipina kepada agensi berita AFP, Selasa (29/3/2011).

"Itu jumlah yang sangat kecil di udara," katanya.

Dalam notis yang dikeluarkan hari ini, institut tersebut menyatakan, radiasi tersebut berasal dari reaktor Fukushima yang mengalami kebocoran sejak kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami Jepun pada 11 Mac lalu.

Sebelumnya, China dan Korea Selatan yang terletak lebih dekat ke Jepun, juga telah melaporkan adanya yodium-131 radioaktif yang dikesan dalam udara. Diingatkan bahawa radiasi berlevel rendah itu tidak berbahaya bagi manusia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template