Sunday, March 6, 2011

Terkini Merlimau: 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi

Bodoh dan jahil. Mereka kutuk seorang penyokong PAS berjanggut.


ulama dicop pengganas oleh Najib. pencacai bawahan hina sunnah Rasulullah


 Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.

Tetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.



"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.




LAPORAN DARI MERLIMAU



5:40 pm : Selepas pengundian ditutup jam 5 petang, 78.98 peratus atau 8,435 daripada 10,679 pengundi di Merlimau keluar mengundi. Jumlah ini lebih tinggi daripada 76.18 peratus atau 7,977 orang dalam pilihan raya umum 2008.
5:21 pm : Meskipun waktu pengundian telah berakhir, namun masih ada penyokong-penyokong BN yang membuat provokasi dengan menyorak penyokong PAS



3:54 pm : S.J.K (Cina) Jasin Lalang – Hujan mulai turun di kawasan mengundi. Laluan trafik juga perlahan.
3:41 pm : Sehingga jam 3 petang, 72.6% atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi. Langit di beberapa pusat mengundi dilaporkan mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.
3:40 pm : Sehingga jam 2 petang, 66.8 % atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi.
3:38 pm : Hujan mulai rintik di luar.
3:33 pm : Penyokong Pas dan BN terus bersemangat merayu undi di SK Merlimau 1. Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, saudara Adli Zahari kelihatan memantau keadaan penyokong Pas di sana.
3:31 pm : Terdapat laporan yang mengatakan sebuah bas yang membawa penumpang dari Penang, dicurigai pengundi hantu telah tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Merlimau 2. Unit Amal sedang meninjau ke kawasan tersebut.
3:01 pm : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin melawat Sek. Cina Jasin Lalang.
3:00 pm : Para penyokong BN dan PAS saling berbalas sorakan di UPU Merlimau Pasir. Penyokong BN menjerit dengan mengatakan “pergi sekolah kerajaan bayar” dan dibalas oleh penyokong PAS dengan mengatakan “duit siapa? Duit rakyat,”



2:56 pm : Satu aduan diterima mengatakan bahawa terdapat pondok panas BN di luar kawasan mengundi di UPU Ayer Merbau.

2:48 pm : Hari mulai mendung dan BN mula mengedarkan payung, baju dan topi kepada penyokong BN
2:28 pm : Calon PAS singgah di Markaz Induk PAS menunaikan solat. Turut bersamanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
2:25 pm  : Ahli parlimen Kota Melaka Sing Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau.










1:53 pm : Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan sekumpulan petugas DAP bergegas ke Pasar Merlimau. Makluman awal terdapatnya sogokan rasuah undi disitu. Kesahihan berita akan dimaklumkan kemudian.
1:44 pm : Sehingga jam 1 tengahari, 61.38 % atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi
1:31 pm : Penyokong PAS ada sedang menjamu selera di markaz-markaz, di bawah pokok dan tidak kurang juga di pondok hentian bas.
1:27 pm : Calon berhenti rehat makan tengahari dan solat di UPU Pengkalan Samak.












12:56 pm : S.J.K (Cina) Merlimau – Calon PAS, Yuhaizad Abdullah sampai di sana melihat proses perjalanan membuang undi.
12:54 pm : Penyokong BN di semua UPU semakin berkurang dan ada yang tiada langsung berhenti makan tengahari. Penyokong PAS juga berhenti makan dan solat zuhur bergilir-gilir tanpa meninggalkan laluan pengundi.
12:40 pm S.K Merlimau 2 – Sebanyak 259 dari 572 orang sudah keluar mengundi. 51.2% Melayu, 45.0% Cina dan 39.1% India.
12:36 pm : Sehingga jam 11 pagi, 43% atau 4,571 sudah keluar mengundi.
12:32 pm : S.J.K (Cina) Merlimau – Seorang jurukamera bebas ditahan penyokong BN kerana mengambil gambar pengundi yang beratur di sebuah rumah penyokong BN.
12:27 pm : S.J.K (Cina) Jasin Lalang – Ketua Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik dan Setiausaha Perhubungan PAS, Harun melihat keadaaan penyokong PAS di sini.

Penyokong dan perayu undi membawa plakad menyeru pengundi Merlimau menyokong calon Pakatan Rakyat.
12:21 pm : S.K Merlimau 1 – Kenderaan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) yang berulang alik menimbulkan rasa pelik penyokong PAS.
12:18 pm S.K Merlimau 1 – Kereta Jabatan Penerangan memasang speaker besar melaungkan-laungkan lagu, “marilah-mari pergi mengundi…”
12:15 pm S.J.K (Cina) Merlimau – KM Melaka, Datuk Ali Rustam disambut dengan sorakan, “rasuah, rasuah…”
12:05 pm : Calon PAS, Yuhaizad Abdullah sedang menuju ke S.J.K (Cina) Merlimau, UPU Pengkalan Samak.

12:03 pm : S.J.K (Cina) Jasin Lalang – Penyokong BN sudah berkurangan, masing-masing lari mencari tempat teduh. Penyokong PAS yang berada di tempat teduh masih berada di laluan mengundi.
11:58 am : Calon PAS masih di S.K Merlimau 2, keadaan trafik masih sesak. Pemuda BN bermotor masih lagi membuat bising tanpa memakai topi kaledar.
11:56 am : Kemaskini di S.J.K (Cina) Jasin Lalang – Saluran 1, yang sudah keluar mengundi 112 orang dan 133 undi dari saluran 2.
11:49 am : S.K Chinchin – Kelihatan sebuah bas Yayasan Melaka dan Trak TNB. Dikhuatiri pembawa pengundi hantu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template