Sunday, March 6, 2011

Terkini Kerdau: Pondok panas untuk rejim BN boleh. Tapi SPR larang PAS


LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU



1pm: Ramai petugas dan golongan yang hadir ke kawasan pengundian mengambil peluang untuk berehat, termasuk sekumpulan aktivis daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).
Kumpulan aktivis berkenaan pada awalnya dilihat menyertai kumpulan petugas BN.
Kelihatan beberapa orang daripada mereka sedang bermain ping pong di hadapan bilik gerakan MBFM yang terletak kira-kira 30 meter daripada SK Jengka 25.

12.30pm: Jumlah keluar mengundi hingga jam 12 tengahari ialah seramai 5,874 orang – 65.29 peratus.



11.30am: Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.


11.25am: Sekumpulan lebih 200 sedang berkumpul di jalan masuk ke SK Jengka 25, tetapi para penyokong parti itu hanya bersorak sekali sekala sahaja.
azlanPada waktu ini juga, seramai kira-kira 30 orang anggota polis bertugas mengawal keadaan. Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding pada awal pagi ini.
PAS mematuhi arahan SPR dengan tidak mendirikan 'pondok panas' di kawasan ini, tetapi BN sebaliknya.
10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi.
"Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini.
10.45am: Keadaan lalu lintas menjadi sesak di Felda Jengka 25 ekoran keadaan jalan yang sempit dan banyak kereta yang berpusu-pusu.

Polis bertindak menukar aliran trafik menjadi sehala.
1NONE0.43am: Di SMK Jengka 25, kebanyakan penyokong PAS dan BN merupakan orang luar. Jumlah penduduk yang tidak ramai membolehkan pengundi mengenali antara satu sama lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template