Saturday, March 26, 2011

Terkini: Kebocoran cecair reaktor pula

Kebocoran Air Radiasi Terjadi di PLTN Fukushima

Masalah berkaitan kebocoran reaktor nuklear yang berlaku di Fukushima masih terus berlaku. Bahkan kini diberitakan bahawa cecair radiasi yang terdapat dikompleks reaktor nuklear kini telah bocor keluar, cecair tersebut mempunyai kandungan radiasi nuklear yang sangat tinggi.

Menurut agensi berita Associated Press - dengan mengutip keterangan dari pengurus reaktor terbabit, Tokyo Electric Power Co. - Air dengan kandungan radiasi tinggi dijumpai di bangunan reaktor Unit 1. Fukushima terletak lebih dari 200 km sebelah utara Tokyo.

Genangan air juga dijumpai di bangunan Unit 2 dan 4. Pengelola menduga bahawa air itu juga mengandungi radioaktif tingkat tinggi.

Reaktor unit 3 juga dikhuatiri bakal menghadapi masalah serupa. Kebimbangan itu muncul selepas dua pekerja menderita luka bakar setelah mengharungi genangan air, yang sudah tercemar radioaktif 10000 kali lebih besar dari kadar biasa, yang biasa ditemui di air atau di sekitar reaktor, demikian menurut penjelasan Badan Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun (NISA).

Hari ini, 26 Mac 2011, tengah berlangsung usaha menginjeksi air bersih ke salah satu bangunan untuk mengelakkan melelehnya komponen teras reaktor nuklear, kata Hidehiko Nishiyama, juru bicara NISA. Namun, kalangan pejabat bimbang bahawa pekerjaan itu terganggu oleh ditemukannya air dengan level radiasi tingkat tinggi.

Kadar radioaktif pada air laut di sekitar reaktor setelah diukur, ternyata sudah 1,250 kali lebih besar dari tahap normal. "Ini kemungkinan berpunca dari  udara dan aliran air dari reaktor," kata Nishiyama.

Ancaman itu telah disedari oleh Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, Jumat kemarin. "Situasi hari ini di reaktor Fukushima Dai-ichi masih sangat membimbangkan dan serius. Kami masih harus berwaspada," kata Kan.

Sementara itu, kerajaan telah memindahkan penduduk di sektar reaktor dengan radius hingga 20 kilometer (km). Mereka yang tinggal pada radius hingga 30 km dari reaktor juga harus berkurung di dalam rumah. Sedangkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyarankan agar warga jangan berada dalam jarak radius 80 km dari reaktor.

Namun, penduduk tempatan yang masih menetap antara 20 hingga 30 km dari reaktor kini terancam kekurangan keperluan asas dan air bersih.  "Kami tidak memerintahkan mereka untuk berpindah. Namun, kami telah berkata kepada penduduk, bahawa kami akan membantu mereka untuk pergi secara sukarela," kata pegawai Fukushima, Takeshi Ishimoto.

Dalam dua minggu terakhir, jumlah korban akibat gempa dan tsunami di timur laut Jepun sebanyak 10151 jiwa. Polis Jepun juga menyatakan 17000 orang masih dinyatakan hilang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template