Tuesday, March 29, 2011

Terjawab: Hosni Mubarak tidak pernah meninggalkan Mesir sejak digulingkan



Rupa-rupanya tak pernah keluar dari Mesir sejak digulingkan.

Presiden Mesir yang digulingkan Hosni Mubarak dan keluarganya berada dalam tahanan rumah, demikian tertulis dalam laman internet Dewan Tinggi Angkatan Bersenjata Mesir. Kenyataan itu membantah isu bahawa bekas penguasa itu pergi ke Arab Saudi."Tidak benar mengenai laporan bahawa bekas Presiden Hosni Mubarak meninggalkan Mesir dan pergi ke Tabuk, Arab Saudi,"kata penguasa tentera negara itu dalam kenyataan di laman rangkaian sosial, Facebook, Isnin (28/3/2011).

"Ia menjadi tahanan rumah bersama keluarganya di Mesir,"demikian tertulis.

Dewan tersebut memerintah Mesir sejak Mubarak dipaksa berundur pada 11 Februari selepas 18 hari demonstrasi jalanan besar-besaran menentang rejim diktator selama 30 tahun.

Pada 3 Mac, jaksa agung Mesir membantah laporan media bahawa Mubarak berada di Arab Saudi dan berkeras bahawa dia dan keluarganya berada di tempat peristirahatan Sharm el-Sheikhdi Laut Merah. Media memberitakan bahawa Mubarak telah pergi ke Tabuk untuk menjalani rawatan. Harian milik kerajaan, Al-Akhbar, menyebutkan bahawa Mubarak (82)menjalani rawatan untuk penyakit kanser.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template