Friday, March 18, 2011

Tanpa sedar setiap hari kita terkena radiasi


Pemimpin dan para pengampu UMNO BN dengan angkuhnya berkata radiasi nuklear tidak mungkin akan sampai ke Malaysia. Seperti mereka bercakap sebegitu rupa umpama mereka kebal terhadap radiasi seperti mana kebalnya mereka terhadap undang-undang negara.

Radiasi kini merebak ke Amerika Syarikat dan sebahagian eropah timur dan Malaysia masih menipu akan rakyatnya. Lagi angkuh apabila mereka ini tetap berkeras mahu mendirikan neraka loji nuklear di negara ini. 

Juga Indonesia dengan rancangan bodohnya untuk mendirikan loji nuklear di sumatera timur. Dulu negara terkena jerebu angkara Indon. Akan datang rakyat Malaysia hirup udara nuklear pula. Elok lah bodoh sama bodoh berjuma. Dah kena dah geng.

Negara maju mestilah kena ada nuklear, begitulah pemikiran makcik-makcik penyokong tegar BN. Mati hidup balik BN lah jugak.


adiasi telah lama hadir dalam hidup kita. Radiasi merupakan sejenis tenaga yang melalui atmosfera di angkasa lepas. Tidak dapat dinafikan bahawa kita, sebagai makhluk yang mendiami dunia ini telah banyak didedahkan kepada radiasi yang berpunca daripada sumber-sumber semula jadi. Sumber-sumber ini merangkumi matahari, udara, makanan, unsur-unsur semula jadi bumi, sistem suria secara keseluruhan serta unsur-unsur radiasi semula jadi di dalam tubuh kita. Kesemua sumber ini menyumbang kepada jumlah radiasi yang kita terima tiap-tiap hari. Radiasi semula jadi menyumbang sebanyak 88% daripada jumlah tahunan radiasi kepada populasi serta prosedur-prosedur perubatan menyumbang bakinya, iaitu sebanyak 12%.





Sinaran matahari merupakan sejenis radiasi. Sinaran matahari mengandungi sinaran dalam pelbagai alunan dari alunan panjang seperti sinaran pra merah kepada alunan pendek seperti ultra ungu. Spektrum daripada julat sinaran tenaga adalah seperti dibawah:
 
Sinaran gamma dan X digunakan secara meluas dalam prosedur radiologi. Sinaran ini mempunyai kuasa menembus yang lebih berbanding dengan sinaran matahari serta berupaya menembusi tubuh badan manusia. Tiang-tiang konkrit atau plumbum digunakan sebagai perlindungan daripada radiasi ini. 
Radiasi juga wujud daripada atom-atom. Kebanyakan atom adalah stabil, sebagai contoh, atom oksigen-16 masih wujud dalam bentuk atom oksigen-16 buat selama-lamanya, akan tetapi, lama-kelamaan, sesetengah atom mereput (decay) untuk membentuk sebutir atom baru. Atom-atom ini boleh dikatakan tidak stabil dan radioaktif. Sebutir atom menjadi radioaktif mengeluarkan lebihan tenaganya dalam bentuk radiasi, iaitu dalam bentuk radiasi gama, partikel alfa or partikel beta.





Kesan Radiasi

Tenaga radiasi yang lebih tinggi di sebelah kiri spektrum (radiasi gama, radiasi X, dan radiasi ultra ungu) disebut radiasi mengion kerana radiasi menyebabkan pengionan. Pengionan mengeluarkan elektron-elektron daripada atom atau molekul, lalu membentuk ion atau molekul-molekul yang telah dicas. Ion-ion yang dibentuk akan terus bertindak dengan atom-atom atau molekul-molekul yang lain, lalu mengakibatkan kemusnahan. Radiasi mengion berupaya mendatangkan kesan buruk kepada molekul sel-sel hidup dan mendatangkan perubahan yang penting dari segi biologi. Contohnya, sekiranya suatu radiasi gamma melalui sesuatu sel, molekul-molekul air yang berdekatan dengan DNA akan besar kemungkinan diionkan dan ion tersebut akan bertindak balas dengan DNA, dan menyebabkan DNA tersebut pecah. 
Bila terdedah kepada dos yang rendah, berdasarkan penerimaan seharian daripada sinaran latar semula jadi, sel-sel akan membaiki kerosakan tersebut secara pantas. Pada dos yang lebih tinggi (tidak ditemui semasa prosedur diagnostik radiologi), sel-sel kemungkinan tidak akan dapat membaiki kemusnahan tersebut, dan mungkin akan berubah secara kekal ataupun mati. Sel-sel yang berubah secara kekal boleh terus menghasilkan sel-sel ganjil ketika ia membahagikan diri dan sel-sel ini boleh membawa kanser. Inilah cara kanser yang disebabkan pendedahan sinaran yang keterlaluan bermula. 
Terdapat juga teori Hormesis – dos sederhana radiasi akan meningkat usia. Baca artikel  “Prevent Cancer? Try a low dose of radiation! dan lebih lagi dalam “Longevity is the Most Appropriate Measure of the Health Effects of Radiation” oleh Prof John Cameron.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template