Sunday, March 20, 2011

Surat arahan supaya para demonstrasi ditembak



Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan arahan meminta pasukan keamanan Arab Saudi supaya bertindak keatas para pendemo dengan kekerasan. Bahkan pasukan keamanan juga dibenarkan menembakkan peluru ke arah para pendemo.

Surat yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Nayef bin Abdulaziz diungkap oleh Televisyen Al-Alam. Dalam surat itu tertera bahawa ketua polis kota Riyadh, Makkah Al-Mukaramah, Madinah Al Munawarah, Al Bahah, Hail, Al-Qasim, wilayah-wilayah utara, Jouf, Asir, Tabuk, Najran, Jazan dan Ash Sharqiyah ditekan supaya bertindak keatas para pendemo tanpa belas kasihan dan menembak mereka.

Meski sudah mengeluarkan surat ancaman kepada para pendemo, masyarakat di kota Ahsa, As-Sharqiyah, tetap turun berdemo secara aman sebagai bentuk solidaritas atas masyarakat Bahrain.

Keluarga kerajaan Saud berselisihan pandapat berkaitan penghantaran pasukan ke Bahrain. Dilaporkan, penghantaran pasukan ke Bahrain itu adalah arahan individu yang dikeluarkan oleh Nayef bin Abdul Aziz.

Berkaitan dengan hal ini, aktivis dan pro-demokrasi terus mengadakan aksi protes dan menyeru seluruh warga Arab Saudi supaya melawan arogansi kerajaan Arab Saudi. Menurut laporan yang ada, gerakan anti-rejim sudah melebar ke kota Riyadh, Najran, Tabuk dan Makkah Al-Mukaramah. Dengan demikian, gerakan anti-keluarga Saud bukan hanya digerakkan oeleh komuniti Syiah, tapi juga didukung oleh pemuda Ahlus-Sunnah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template