Saturday, March 5, 2011

Siapa yang ikut cara ASMAA MAHFOUZ rejim BN akan ambil tindakan!

Perempuan seperti ini adalah amat ditakuti oleh semua pemimpin diktator dunia.

Rakyat diingatkan jangan bangun melawan rejim Barisan Nasional. Jangan tiru ala Asmaa Mahfouz yang melafaz kebenciannya terhadap kerajaan rejim Mubarak. Duk diam-diam sudah di rumah. Jangan bangun melawan. Jangan cuba nak jadi hero macam Asmaa Mahfouz dan jangan cuba nak bakar-bakar diri.

SPR tipu rakyat jangan bangun melawan. Rejim BN menipu, rakyat jangan bangun melawan. Barang naik, minyak naik rakyat jangan bangun melawan. Duk diam-diam di rumah dan tutup mulut tonton media pencacai. Apa lagi boleh buat.       



Tindakan tegas terhadap penghasut gulingkan kerajaan


TEMERLOH 5 Mac - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, agensi berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada.

"Kami memang sedang melihat gara-gara pembangkang yang menggunakan media alternatif sedemikian rupa sama ada menerusi facebook, e-mail atau tweeter.

"Kita waspada sekiranya mereka melampaui batas, saya yakin Peguam Negara atau PDRM atau SKMM boleh mengambil tindakan berlunaskan undang-undang yang luhur yang diluluskan oleh rakyat sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampung WiFi Rumpun Makmur, di sini, hari ini. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template