Friday, March 18, 2011

Setahun badan manusia boleh menerima radiasi sebanyak 50 mSv sahaja


Lima puluh petugas pusat tenaga nuklear ditugaskan di lokasi bencana, di Fukushima. Mereka mengendalikan pusat nuklearr di sana. Nasib jutaan penduduk Jepun ada di tangan mereka.

Setahun manusia boleh terkena radiasi sebesar 50 millisivert (mSv, jumlah satuan radiasi). Namun, sekarang ini reaktor nuklear terdedah dan radiasi radioaktif merebak maka radiasinya jauh lebih tinggi, kata fisikawan Wim Turkenburg dari Universiteit Utrecht.

“Radiasinya sangat tinggi, iaitu 400 mSv per jam, sedangkan seseorang hanya boleh terkena radiasi 50 mSv setahun. Ertinya, dalam beberapa minit, anda harus meninggalkan tempat itu. Jadi 50 staf ditugaskan di sana, radiasi yang mereka hadapi sangat berbahaya. Mereka akan terkena penyakit-penyakit yang ditimbulkan radiasi nuklear. Mereka memang dianggap hero.”

Di Chernobly 1986, sejumlah petugas dihantar ke loji berkenaan. Seramai 245 petugas terkena radiasi lebih dari 1000 mSv dan 28 di antaranya meninggal dunia.

Terkini tiga staf sedang dirawat di hospital, mereka menunjukkan gejala pasca radiasi. “Terlalu banyak radiasi membuat kita menjadi mual, dipanggil mabuk radiasi,” kata Folkert Draaisma. “Radioaktif meruoak sistem saluran pencernaan.” Orang yang terkena radiasi sangat tinggi (sekitar 10000 mSv) menyebabkan kematian serta merta. 100 mSv saja sudah berpontensi menyebabkan kanser.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template