Thursday, March 10, 2011

Santai: 9 sniper terhebat dunia

1. Pembunuh Mayjend John Sedgwick semasa perang civil di AS
Mayjend John Sedgwick
Pertempuran paling berdarah di AS ini pernah mengukir sejarah sniper dunia, seorang Jeneral berkarisma dari utara AS yang bernama John Sedgwick tewas ditembak timah panas oleh seorang pasukan Konfederasi dari jarak yang sangat jauh pada waktu itu iaitu 1,000 yards (910 m) dalam sebuah pertempuran yang disebut Battle of Spotsylvania Court House, Pada 9 Mei 1864.

2.Simo Haya (tentera Finland)
Mungkin inilah sniper yang paling terhebat di dunia kerana telah memegang kill hit paling tinggi, iaitu membunuh sekitar 542 askar Rusia dalam Winter War(1939-1940).

3.Lyudmila Pavlichenko (Rusia)
Lyudmila Pavlichenko adalah seorang tentera wanita yang berkhidmat untuk tentera merah Rusia. Penembak tepat yang hebat dimana beliau memegang rekod membunahuh sebanyak 309 orang, termasuk 36 sniper NAZI Jerman tetapi sayangnya Lyudmila tercerdera dalam serangan motar dan direhatkan dari tugas. Beliau hanya ditugaskan sebagai tenaga pegajar di sekolah menembak sehingga perang dunia ke-2 tamat.

4.Vasily Zaytsev (Rusia)
Dianggap sniper paling bahaya. Rekod pembunuhan 149 orang manakala 400 orang adalah rekod tidak rasmi. Beliau mempunyai musuh utama sniper top Jerman Heinz Thorvald. Pertempuran hebat antara kedua sniper ini di Stalingrad di kenali sebagai War of the Rats. Heinz Thorvald mati ditembak dikepala oleh Vasily Zaytsev. Kisah ini di filemkan dalam filem Enemy at The Gates.

5.Francis Pegahmagabow
Pegahmagabow adalah salah satu sniper hebat yang dimiliki oleh Kanada. Pada perang dunia 1, Pegahmagabow yang keturunan aborigin ini mencatatkan kill hit sebanyak 378 kills dan dianggap sebagai salah satu sniper yang paling berbahaya pada masa perang dunia 1.

6.Chuck Mawhinney (AS)
Chuck Mawhinney telah mencatat kill hit sebanyak 103 askar semara era perang Vietnam

7.Adelbert F. Waldron III (AS)
Adelbert F. Waldron III hanya menggunakan senapang M21 yang ketika itu hanya mampu menembak dalam jarak 800 meter tetapi dia mampu menembak seorang Vietkong dalam jarak 950 meter. Mempunyai rekod kill hit sebanyak 109.

8.Carlos Hathcock (AS)
Kehebatan dan bakat semulajadi sangat mengagumkan. Kebiasaanya seorang sniper selalu ditemani oleh seorang orang spotter yang bertugas sebagai pembantu dan pengukur jarak tembakan bagi sniper. Namun Hathcock mampu bekerja bersendirian ketika ditugaskan untuk membunuh seorang jenderal Vietnam Utara di kawasan kem musuh. Mencatat rekod menembak Vietkong dalam jarak 2.275 meter dengan senjata modifikasi 50-caliber M2 Browning Machine Gun dengan skop di atasnya.

9.Rob Furlong (Kanada)
Rob Furlong berjaya memecah rekod berpuluh tahun Carlos Hathcock dalam jarak 2.430 meter dengan menggunakan senapang MacMillan tac-50 di Afghanistan dalam ops Anaconda pada tahun 2000.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template