Sunday, March 27, 2011

Rusia: NATO diseret ke perang dunia ke-3

APANTI PERANG - Gadis Rusia berhaluan komunis bergabung dengan kawan-kawannya dalam demonstrasi anti perang Libya di depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di St Petersburg, Rusia, 25 Mac 2011.


"Seperti yang kami ramalkan, NATO akan terseret makin dalam dan makin dalam ke dalam perang di Afrika Utara," kata utusan Rusia untuk NATO, Dmitry Rogozin, pada kantor berita Rusia Interfax, Sabtu (26/3/2011).


NATO kini mengawal sekatan senjata terhadap Libya dan sepakat minggu ini untuk menerima arahan zon larangan terbang di atas wilayah negara itu. Namun, Washington dibiarkan memegang kendali dalam melakukan serangan udara terhadap tentera darat pemimpin Libya, Moammar Gaddafi.


AS mengharapkan untuk menyerahkan kawalan serangan udara secepat mungkin dan pada Jumaat lalu mengharapkan NATO akan mengambil komando (serangan) itu, meskipun hal tersebut masih dibicarakan.


"Kenyataan-kenyataan yang kami dengar hari ini dari para ahli NATO dan perikatan itu secara keseluruhan dapat menarik blok tersebut ke dalam operasi skala penuh di kawasan-kawasan Libya, yang bermaksud pada dasarnya AS dan sekutunya boleh terseret ke dalam perang dunia ketiga, di samping perang di Iraq dan Afghanistan, "kata Dmitry Rogozin.


Rusia menyokong hukuman PBB terhadap Gaddafi, tetapi kerajaan pada awal bulan ini abstain dalam pemilihan di Majlis Keselamatan PBB soal zon larangan terbang, yang membolehkan campur tangan bersenjata oleh koalisi Barat. Empat negara-negara lain, India, Jerman, Brazil, dan China, juga abstain dalam pemilihan itu.


Presiden Russia Dmitry Medvedev telah menyampaikan kebimbangan mengenai kemungkinan kkorban rakyat awam dan mengatakan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada awal minggu ini bahawa korban seperti itu harus dicegah.


Perdana Menteri Vladimir Putin, pemimpin terpenting Russia, telah mengambil sikap lebih keras, membandingkan resolusi PBB itu dengan "seruan pada abad pertengahan untuk melakukan perang salib".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template