Sunday, March 27, 2011

Robot lawan radiasi


Di tengah krisis nuklear yang berlaku di Jepun, robot-robot dikerah untuk melawan radiasi. Beberapa robot didatangkan khas dari Australia, Amerika Syarikat, dan Perancis guna mengatasi permasalahan berkaitan reaktor di Fukushima. Malaysia sebagai sebuah negara yang ingin memperjudikan keselamatan rakyatnya untuk membina loji janakuasa nuklear perlu juga mengambil kira langkah keselamatan seperti ini jika berlaku bencana. Jangan diperkira untung sahaja. Keselamatan rakyat harus diutamakan. Kecekapan mesin yang mengendalikan loji kemungkinan boleh mencapai kecekapan 100 peratus tetapi kecekapan manusia tidak mungkin dengan tahap itu. Apa kata Bro TT, Malaysia buat tingkap proton pun masih gagal.

1. Monirobo (Monitoring Robot)

Monirobo direka untuk bekerja di lingkungan dengan level radiasi yang terlalu tinggi bagi manusia. Robot seberat 600 kg ini mempunyai lengan manipulator untuk menyingkirkan rintangan dan mengambil sampel. Selain itu, robot ini juga dilengkapi pengesan radiasi, kamera 3 dimensi, serta sensor suhu dan kelembapan.

Robot setinggi 1,5 meter ini dibangunkan oleh Pusat Keselamatan Teknologi Nuklear Jepun dan Menteri Ekonomi, Perdagangan, dan Industri Jepun selepas peristiwa kemalangan nuklear Tokaimura pada tahun 1999. Mampu bergerak dengan kelajuan 2,4 km / jam, robot ini mempunyai pelindung anti-radiasi yang diperlukan untuk melindungi sensor dan peralatan elektronik yang dimilikinya.

2. Rainbow 5

Robot ini merupakan robot pertama pengeluaran Tokyo Fire Department. Diperkenalkan pada tahun 1986, robot ini sebenarnya merupakan robot penyembur air dan digunakan semasa situasi kebakaran terlalu berbahaya bagi manusia. Robot ini membantu menyemprotkan air dengan selang sepanjang 800 meter terus ke kolam bahan bakar bekas di reaktor nombor 3 selama 13 jam.

3. 510 Packbots dan 710 Warriors

Kedua-dua robot tersebut dibangunkan oleh iRobot Corporation of Bedford di Massachusetts. Robot ini boleh bergerak lebih lincah daripada Monirobo. Kedua-duanya mampu menaiki tangga, bahkan Warrior mampu menarik hos. Kelemahan dua robot tersebut adalah tidak memiliki lapisan pelindung radiasi.

4. ERASE, EROS, dan ERELT

ERASE, EROS, dan ERELT adalah singkatan-singkatan yang dibangunkan oleh INTRA (Groupe d'Intervention Robotique sur Accidents). Ketiga robot tersebut direka khusus bagi mengatasi kemalangan nuklear. ERASE memiliki berat 6 ton dan mempunyai manipulator hidraulis yang kuat. Adapun EROS dikhususkan untuk operasi di dalam bilik. Sementara itu, ERELT merupakan robot radio relay yang boleh dikawal dari jarak beberapa kilometer. Pengiriman robot ini dibatalkan kerana Jepun mengatakan belum memerlukannya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template