Thursday, March 31, 2011

Revolusi atau reformasi negara arab?


Serentetan perubahan politik yang akhir-akhir ini terjadi di Tunisia, Mesir, dan terakhir di Libya memunculkan pertanyaan, apakah itu benar-benar revolusi atau reformasi? Kerana nyatanya, meski pemimpin rezimnya berubah, infrastruktur Mesir toh masih tetap, tak berubah.



Sebuah revolusi adalah sebuah peristiwa perubahan yang total dan cepat. Mesir pernah mengalami revolusi pada 1952 ketika Raja Farouk I telah digulingkan oleh Gamal Abdel Nasser dan kawan-kawan. Mesir pun berubah, dari semula monarki menjadi sebuah negara republik dengan presiden pertamanya, Muhammad Naguib.

Nasser sendiri menjadi presiden kedua Mesir dan menikmati masa pemodenan Mesir serta sempat memajukan nasionalisme Pan-Arab, termasuk bergabung dengan Syria walau hanya berjalan singkat.

Revolusi juga pernah terjadi di Libya pada 1969 apabila berlaku perubahan kuasa dari Raja Idris ke Gaddafi. Sedangkan kes perubahan politik di Tunisia bermula dengan sebuah kenyataan bahawa ada pedagang kaki lima yang membakar diri. Kemudian perpaduan yang digalang melalui laman web jejaring sosial Facebook menggumpal menjadi luapan ketidakpuasan.

Setelah Presiden Zine al-Abidine Ben Ali turun, yang kemudian berkuasa di Tunisia adalah penguasa sementara tentera. Maka yang sebenarnya berlaku di Tunisia adalah reformasi saja walau nantinya akan dilakukan sekatan kuasa di Tunisia yang selama 23 tahun terakhir terus dikuasai Ben Ali.

Demikian juga di Mesir yang belum lama ini melakukan pungutan perubahan perlembagaan setelah tumbangnya Presiden Hosni Mubarak oleh aksi massa. Dalam rencana perubahan perlembagaan pascareferendum, di antaranya adalah menyekat kuasa seorang presiden Mesir hanya dua kali masa jabatan.

Kalau mau dibandingkan dengan Indonesia, parti berkuasa NDP (Parti Kebangsaan Demokrat) itu adalah Golkar (Golkar pada era Suharto)-nya Mesir yang juga disokong oleh tentera dan hampir terus-menerus memenangi pilihanraya umum. Pada 1993 NDP menang 100 peratus, demikian pula pada 1999. Dan, tahun 2005 meski tak bulat, masih juga 88,60 peratus.

Meski mendapat tekanan dari luar, terutama dari Amerika Syarikat pada 2005, toh Hosni Mubarak dan NDP-nya masih berjaya menang meski terpaksa harus menukar satu pasal dalam perlembagaan mereka yang membolehkan calon presiden Mesir lebih dari satu. Sebelumnya hal seperti itu tidak pernah ada. Dulu hanya satu, na'am (yes). Dan, semuanya harus menjawab na'am.

Maka muncullah dalam pilihanraya tahun 2005 itu parti daripada Hizbul Ghad (Parti Hari Esok) dengan calon Ayman Nour (7,30 persen) serta Nu'man Guma dengan parti barunya, Hizbul Wafd Al-Jadid, dengan 2,80 persen suara.

Meski demikian, dengan tergusurnya Mubarak melalui aksi massa bulan lepas, toh tak mengubah infrastrukturnya. Telah terjadi reformasi di Mesir. Seperti arti katanya, reformasi diertikan sebagai penyusunan semula suatu ketatanegaraan yang berdasarkan landasan lama.

Libya

Perubahan di Libya ketika Kolonel Moammar Gaddafi menggulingkan Raja Idris pada 1969 itu merupakan sebuah revolusi.

Dengan kekuatan "buku suci"-nya, Kitab al-Akhdar (Buku Hijau, buku politik Libya), Moammar Gaddafi membina Libya dengan caranya sendiri. Kekuatan minyak digunakan sebagai alat ekonominya meski harus membungkam rakyatnya. Parti-parti politik dilarang oleh Gaddafi, menjelang tahun 1970-an. Sebab, menurut Gaddafi, parti politik itu adalah sebahagian daripada diktator.

Gaddafi juga tak pernah menggelar pemilihan umum untuk memilih pemimpin Libya. Dan, dengan tangan besinya itu, Gaddafi mampu berkuasa selama 40 tahun.

Ini memang agak sedikit berbeza jika dilihat dengan kacamata demokrasi ala Barat. Sangat tidak demokratik, tetapi bagi Moammar Gaddafi, cara ini adalah cara yang sesuai untuk Libya.

Gaddafi juga mengkritik sistem parlimen kerana yang namanya wakil itu bukanlah suara rakyat. Dunia moden tentu tidak akan bersimpati kepada Gaddafi yang memimpin negerinya dengan cara itu. Akan tetapi, itulah Gaddafi.

Sebetulnya Gaddafi juga ingin membina semacam kerajaan, dengan Saiful Islam-salah seorang anaknya-dipersiapkan sebagai orang yang akan menggantikannya. Meski demikian, di antara anak-anak Gaddafi sendiri memang ada juga pertikaian.

Adakah aksi massa yang telah "berjaya" menggulingkan Ben Ali dari kuasa di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir akan berjaya pula menumbangkan Gaddafi? Tentunya ini bergantung pada bagaimana kekuatan konsolidasi pembangkang plus peranan tentera Libya, yang sampai saat ini masih berada di belakang Gaddafi.

Kesan pergolakan di Mesir sangat berpengaruh di Libya. Hal itu dapat dilihat bahawa pergerakan pembangkang Libya bermula dari sebelah timur, berhampiran Mesir. Dan, seperti juga nama kota, tempat bermulanya pergolakan adalah di Libya timur, Benghazi. Kota itu erti katanya adalah "anak perang". Benghazi adalah tempat yang di dalam sejarah Libya merupakan asal muasal orang-orang kuat yang suka perang. Sebuah tempat yang membolehkan untuk selalu bergejolak dan kemudian menentang Tripoli, pusat kekuasaan Gaddafi.

Kemudian ada juga faktor luaran, Amerika Syarikat, yang disyaki ikut mendorong atau menyokong pembangkang ini dengan cara tidak langsung. Kemungkinan kerana pihak luar ini mempunyai kepentingan di Libya menyangkut minyak.

Soal kepentingan di belakang krisis di Timur Tengah yang menyangkut minyak juga berlaku di Sudan yang belum lama ini "berpecah" dua menjadi Sudan utara dan Sudan selatan melalui sebuah referendum bulan lepas.

Kes krisis politik di Bahrain juga menyiratkan adanya "kepentingan dari luar" yang bermain di belakangnya. Bahrain yang kini bergejolak, seperti halnya Oman dan Yaman, adalah sebahagian dari Kerja Sama Ekonomi Negeri Teluk (GCC).

Ada kesepakatan di antara enam negara wilayah Teluk (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Oman, Qatar, dan Kuwait) bahawa apabila ada salah satu negara yang terancam bahaya, ia akan dibantu oleh negara anggota GCC yang lain.

Maka tidak hairanlah, ketika terjadi gejolak aksi massa yang mengancam penguasa Bahrain, masuklah tentera asing dari Arab Saudi ke Bahrain untuk membantu meredam gejolak.

Khusus Bahrain, masih ada sisi persoalan lain yang akan terjadi jika pemerintah negeri ini terguling. Jika ini berlaku, negeri tetangga yang lain, Iran, tidak akan tinggal diam kerana majoriti masyarakat Bahrain adalah Syiah, seperti Iran pula.

Dunia pun tahu, kaum Syiah sekarang berkuasa di Iran serta di Lubnan dan Yaman. Tidak hairan apabila salah satu negeri yang dikuasai Syiah ini terancam, negeri Syiah yang lain akan turun membantu.

Maka, keruwetan persoalan di Timur Tengah pun lengkap sudah.Selain ada krisis kepimpinan, ada pula kepentingan minyak serta perbenturan kepentingan antara Syiah dan Sunni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template