Thursday, March 17, 2011

Rejim Gaddafi: Wartawan mati, kami tidak bertanggungjawab


Rejim Libya bertegas akan melayan wartawan asing seperti pengganas atau al-Qaeda. Mereka juga tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kematian wartawan asing yang memasuki Libya secara haram seperti dilaporkan AP.

Semejak rakyat bangun melawan rejim Gaddafi, puluhan wartawan dan jurnalis dari pelbagai negara memasuki LIbya melalui sempadan Mesir.

Wartawan yang telah dibunuh oleh rejim Gaddafi seperti Ali Hassan Al-Jaber jurukamera Al-Jazzera di Beghazi juga tercerdera dalam tembakan tersebut adalah wartawan Al-Jazzera Naser Al-Haddar.

Dalam insiden lain, tentera rejim juga menangkap sejumlah wartawan asing seperti BBC dan Guardian.

Kekangan terhadap wartawan adalah mustahak bagi negara rejim. Pembongkaran demi pembongkaran adalah satu perkara yang pahit bagi sebuah negara rejim. Maklumat mengenai tindak tanduk kejam rejim terhadap rakyatnya tidak harus dilihat oleh masyarakat antarabangsa. Di negara rejim seperti diperintah oleh rejim Barisan Nasional, kekanggan terhadap media adalah mustahak. Media tidak perlu bebas. Media perlu tunduk kepada  pemerintah sahaja.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template