Wednesday, March 16, 2011

Nuklear: Presiden Hugo Chavez lebih bijak daripada Muhyiddin Yassin


Ternyata dan jelas Presiden Hugo Chavez lebih bijak daripada Muhyiddin Yassin dalam isu untuk membangunkan reaktor nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. 


Jelas bahawa Presiden Hugo Chavez mendahulukan keselamatan rakyat daripada mendahulukan kantung-kantung cukong yang lapar dengan pembangunan dan lebih berperikemanusiaan daripada Muhyiddin.

Presiden Hugo Chavez mengatakan bahawa masalah di loji nuklear Jepun akibat gempa bumi dan tsunami telah mendorong beliau untuk menghentikan rancangan Venezuela untuk membangunkan tenaga nuklear di negara itu.

Pada tahun lalu Chavez mengumumkan tahun lalu bahawa pemerintahannya sedang melakukan kajian awal dalam memulakan program tenaga nuklear.

Beliau percaya masalah di loji nuklear Jepun akan membuat negara-negara lain selain Venezuela mempertimbangkan kembali keperluan program nuklear, sehingga peningkatan permintaan untuk minyak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template