Friday, March 4, 2011

Pilihan raya langsung tak ada standard

Ini bukan pilihan raya. Tak ada standard langsung! SPR langsung tak ada standard. Pilhan raya Malaysia mana ada standard. Kempen main baling batu. Ugut orang kampung. Dengan sepanduk lucahnya. Kempen tagih undi, rakyat kena suap rasuah. Tambah lagi dengan media-media perdana pencacai tolong berkempen sama untuk rejim UMNO BN. Pilihan raya tak ada standard langsung beb! Apa Ali Ketam kata tempoh hari, yang sokong BN dapat bantuan, yang sokong Pakatan tak ada bantuan. Tak ada standard langsung punya menteri. Cabok punya menteri.

Pilihanraya adalah medan untuk pengundi memilih calon pemimpin yang boleh mewakili mereka. Begitu juga dalam PRK Merlimau ini, berlandaskan amalan demokrasi pihak parti yang bertanding dibenarkan berkempen secara sihat untuk memperkenalkan calon dan visi serta misi mereka bagi membela rakyat.

Namun keganasan dan kempen tidak bermoral BN di Merlimau pada kali ini sungguh melampau. Tindakan yang tidak sihat ini telah mencemarkan etika kempen yang sihat. Pihak Polis dan SPR perlu mengawal tindak-tanduk jentera parti BN yang bertindak melampaui garis sempadan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

Lim yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara berkenaan.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau, petang semalam.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template