Monday, March 7, 2011

Pasukan elit SAS ditangkap di Libya

Sunday Times Ahad (semalam) melaporkan pasukan khas  (SAS) bersama seorang diplomat negara itu yang dihantar ke timur Libya, telah ditangkap oleh kumpulan penentang pemerintah Gaddafi.

"Unit khas Inggeris SAS (British SAS Forces) yang kemungkinan berjumlah lapan orang masuk secara rahsia ke Libya untuk berhubung dengan pasukan anti-Gaddafi, namun mereka telah ditangkap oleh penunjuk perasaan dan digiring ke kota Benghazi."

"Semasa penangkapan, pasukan elit itu memakai baju preman, namun semuanya bersenjata lengkap," Sunday Times.

Menurut keterangan Sunday Times, kehadiran "tetamu" tak diundang itu ke timur Libya telah membangkitkan kemarahan puak penentang pemerintah Gaddafi. Oleh kerana itu, pasukan elit tersebut ditangkap dan dibawa ke sebuah markas tentera di pelabuhan Benghazi untuk disoal siasat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template