Friday, March 25, 2011

OPERASI ODYSSEY DAWN habiskan berpuluh juta dollar setiap jam

Operasi Odyssey Dawn, Militer AS Habiskan Miliaran Dolar per 6 Jam




Kos operasi Odyssey Dawn tentera Amerika Syarikat terhadap perburuan Moammar Khadafi tidak main-main. Semua peralatan super canggih dikerahkan menggempur untuk melumpuhkan kekuatan tentera rejim Khadafi. Lalu, berapa anggaran yang dikeluarkan Presiden Amerika Barack Obama untuk membiayai zon larangan terbang di atas Libya?
Jelas, Pentagon tidak akan buka-bukaan soal strategi hingga kos pertempuran mereka. Namun, sejumlah pengamat asing berusaha menghitungnya.
Pengiraan dasarnya, untuk melakukan letupan dari sebuah bom, diperlukan banyak BBM. Pasalnya, bom itu dijatuhkan menggunakan pesawat jet.
Berdasarkan hitungan kasar, Amerika menggencarkan sejumlah pesawat pejuang, 11 kapal, termasuk tiga kapal selam, dua kapal pembinasa dan dua kapal amfibi, dan satu jet pejuang F-15, yang jatuh. Belum lagi peluru senjata Dianggarkan totalnya mendekati USD1 bilion. Satu peluru berpandu Tomahawk harganya adalah USD1-1, 5 juta. Untuk menerbangkan pesawat pejuang diperlukan USD10 ribu per jam. Belum bayaran 2,000 pasukan tentera.
Zack Cooper, seorang penganalisis dengan Pusat Pengkajian Strategik dan Anggaran, mengatakan bahawa kos awal operasi itu antara USD400 juta dan USD800 juta.
Cooper berkata, peluru berpandu dan bom merupakan kos yang paling mahal. Saat kempen berlangsung, kos bahan bakar juga merupakan hal yang terbesar.
"Soalan sesungguhnya adalah siapa yang akan menanggung beban kos dan menjaga zon larangan terbang?" tanyanya.
"Setiap enam jam, kita mempunyai defisit berbilion-bilion dolar," kata pegawai tempatan, Roscoe Bartlett, "Ini bermakna hutang bilion dolar bagi anak-anak kita, cucu kita. Cucu kita yang akan harus membayar kembali," ujarnya seperti dikutip commercialappeal.com, Kamis (24/3/2011).
Presiden Barack Obama dahulu menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan mengawal operasi dalam beberapa hari ke depan.Sementara itu, Menteri Pertahanan Robert Gates menyatakan kawalan operasi itu sekurang-kurangnya akan berlangsung hingga Sabtu.
Pejabat Jabatan Luar Negeri, Pentagon, dan Jabatan Kewangan Amerika, menolak untuk mengomentari masalah ini. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template