Monday, March 28, 2011

Nuclear Boy: Animasi mengurangkan trauma kanak-kanak jepun (youtube)


Krisis kecemasan nuklear di Jepun kerana masalah pada sejumlah reaktor nuklearnya di Fukushima membuat banyak orang panik. Tidak hanya di Jepun, tetapi juga di seluruh dunia. Maklumat yang tidak tepat apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana kesannya kadang digambarakan begitu menakutkan.

Bagi orang dewasa yang boleh mencari maklumat lebih banyak dan mengakses banyak sumber, hal tersebut mungkin bukan masalah. Namun, bagaimana dengan orang awam atau bahkan kanak-kanak, maklumat yang dihebahkan menakut-nakutkan boleh menimbulkan trauma di masa depan.

Oleh itu, Jepun menggunakan watak kartun untuk memberikan penjelasan mengenai bencana nuklear kepada kanak-kanak. Selain pengetahuan, kartun bernama "Nuclear Boy" itu diharapkan mengurangkan ketakutan kanak-kanak terhadap nuklear. Nuclear Boy diciptakan membantu menjelaskan keadaan nuklear yang rumit dengan cara sederhana, bahkan dengan unsur humor.Tujuan dari kartun ini juga dapat meredakan ketakutan yang mungkin dihadapi di setengah masyarakat saat ini, setelah menghadapi bencana bertubi-tubi seperti gempa bumi, tsunami,dan letupan reaktor nuklear.

"Nuclear Boy", sesuai dengan namanya, mempresentasikan reaktor nuklear. Dalam video, diceritakan sang "Nuclear Boy"mengalami sakit perut sejak peristiwa gempa kuat, gempa yang menyebabkan letupan salah pembangkit listrik tenaga nuklearFukushima. Untuk menyembuhkannya didatangkan doktor yang membawa ubat dari air laut dan Boron. Untuk menggambarkan radiasi dengan bau kentut yang berdampak sementara dan akan hilang dengan sendirinya.

Video boleh menyebabkan kekeliruan ketika anak-anak itu meningkat dewasa dan mempelajari sains secara lebih lengkap.Tapi mereka mengakui, cara ini merupakan cara berkesan untuk menerangkan apa yang terjadi tanpa menimpulkan panik. Video tersebut sudah ditayangkan beberapa kali di televisyen Jepun.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template