Friday, March 25, 2011

Mozilla Firefox 4


Mozilla, kreator Firefox, melancarkan versi terbaru browsernya baru-baru ini dan mendakwa sudah lebih 12 juta kali dimuat turun pada hari kedua selepas dikenalkan.

"Penampilan baru, kelajuan super, dan bahkan kedahsyatan lebih," kata Mozilla di Web site-nya yang menyediakan download percuma bimbit open source Firefox versi terbaru, Firefox 4.

The new Firefox juga mempromosikan keupayaan interaktif dengan HTML5, sebuah bahasa pengaturcaraan web yang membolehkan interaksi penuh tanpa memerlukan plug-ins luaran seperti Adobe Flash dan Microsoft Silverlight.

Chief executive Mozilla, Gary Kovacs, dalam wawancara dengan New York Time mengatakan bahawa penambahan keupayaan baru kepada pelayar akan membolehkan pemaju (developers) membuat aplikasi menggunakan HTML5 yang mirip dengan aplikasi downloadable yang sekarang banyak digunakan di sejumlah peranti mobile.

Lalu, apa yang baru dalam Firefox 4?

Pandangan pertama yang akan anda dapati dalam pelayar Firefox 4 adalah ruangan laman web yang lebih luas berbanding versi sebelumnya, kerana Mozilla telah memampatkan butang menu (menu button) di penjuru kiri atas.

Diatur dengan sistem drop down, menu dipaparkan dengan hanya satu button, membuat akses lebih mudah.

Masih di bahagian kiri atas browser, di bawah butang menu terdapat aplikasi Tab, tempat di mana anda boleh menempatkan laman-laman web yang anda ingin selalu tetap terbuka, seperti Web mail misalnya. Memberi mereka rumah perpanen di browser.

Sejajar dengan butang aplikasi Tab, dari kiri ke kanan akan berjajar tab-tab dari laman-laman web yang anda buka. Design tab dalam Firefox 4 pada dasarnya sama dengan tab-tab pada versi sebelumnya.

Di bawah tab, terdapat address bar dengan di sebelah kirinya terdapat butang "back" dan "forward". Berbeza dengan versi sebelumnya, default butang "home" dalam Firefox 4 berada pada sebelah kanan address bar atau di sebelah bar search engine.

Dengan versi ini, menyimpan alamat dan laman web ke dalam bookmark menjadi lebih mudah kerana anda cukup menekan butang Bookmark yang ditempatkan di paling kanan sejajar address bar.

Kemudahan lain, anda boleh menguruskan Add-ons melalui Add-ons Manager di laman web dan anda tidak perlu meninggalkan atau menutup Firefox untuk meng-install add-ons.

Password Manager yang membenarkan anda menetapkan apakah password anda akan diingat (disimpan) penyemak imbas atau tidak, dalam Firefox 4 tidak dipaparkan melalui pop-up seperti pada versi sebelumnya, namun akan muncul di samping tab laman web yang anda buka.

Toolbar Firefox 4 juga boleh anda customize dengan mudah untuk menghasilkan antara muka yang anda inginkan, termasuk menambah atau menghilangkan butang tertentu sesuai kemauan anda.

Anda juga boleh menukar paparan Firefox dengan satu klik melalui ciri-ciri "Personas", termasuk menukar theme (tema).

Soal keselamatan, Mozilla menjanjikan lebih baik. "Kami telah mengemas Firefox dengan ciri-ciri keselamatan yang amat canggih untuk membuat anda selamat apabila anda menyemak imbas. Dan, sebagai organisasi bukan keuntungan, melindungi privasi anda dengan menjaga anda dalam kawalan ke atas maklumat peribadi anda adalah bahagian kunci dari misi kami," katanya.

Mengenai kelajuan, Mozilla mengatakan telah mengoptimumkan prestasi Firefox untuk menyokong browsing pengguna, dengan waktu start-up lebih cepat, rendering grafik dan page load juga cepat.

Mau menjelajah dan membuktikan kata Mozilla, sila cuba Firefox 4!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template