Sunday, March 20, 2011

Mahkamah Mesir larang eksport gas ke Israel


Setelah tumbangnya rejim Hosni Mubarak, aktivis Mesir dalam usaha menghentikan eksport gas negara ke Israel akhirnya menang di mahkamah.

Ketua Gerakan Anti Eksport Gas ke Israel, Yousri Ibrahim kepada Press TV (17/3) mengatakan, "Mahkamah memutuskan bahawa kementerian petroleum tidak dibenarkan mengeksport gas ke Israel sebelum tuntutan dalam negeri terpenuhi."

Bagi warga Mesir, masalah eksport gas ke Israel selalu menjadi polemik di dalam negeri. Rakyat Mesir menilai Israel sebagai musuh dan menolak segala bentuk kerjasama dengan rejim Zionis.

Eksport gas Mesir ke Israel merupakan salah satu syarat utama ekonomi dalam perjanjian damai 1979 yang ditaja oleh AS antara Cairo dan Tel Aviv.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template