Wednesday, March 30, 2011

Lebih minat dengan tarian poco-poco. Soal maruah negara, soal penyelewengan dan rasuah berdiam diri



Fitnah Video seks: Mufti, Pihak berkuasa agama Islam masih membisu.


KUALA LUMPUR: Ketika Majlis Perundingan agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia menyeru kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menyebar rakaman seks palsu, pihak berkuasa Agama Islam di negara ini dilihat masih berdiam diri.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Keadilan), Ahmad Kassim, berkata, beliau kesal dengan pendirian Majlis Agama Islam dan kalangan mufti yang masih mengambil sikap membisu dalam isu tersebut.
“Institusi Islam seperti majlis mufti dan Majlis Agama Islam patut beri reaksi yang serupa, malangnya mereka dilihat terikat dengan peraturan kerajaan.  Mereka takut kedudukan mereka terjejas berbanding menyatakan pegangan dan pendirian mereka sebagai seorang Islam,” ujar beliau kepada KeadilanDaily.
Menurutnya, sepatutnya golongan agamawan seperti para mufti menyatakan pendirian mereka tanpa sebarang kompromi dalam isu fitnah dan politik lucah yang  memberi kesan besar kepada umat Islam.
“Ini menunjukkan pemikiran yang jumud dan beku kerana golongan agamawan ini takut untuk memberi reaksi mereka. Itu lah yang kita dalam KEADILAN perjuangkan supaya boleh membebaskan minda dan pemikiran golongan agamawan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Mengulas mengenai kenyataan Majlis Perunding agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia yang membantah amalan fitnah dan politik lucah, Ahmad berkata mereka mengeluarkan pendirian tersebut berasaskan kepercayaan dan pegangan agama mereka.
“Dari sudut universal, semua agama menolak konsep lucah apatah lagi penyebaran kepada umum. Mereka membuat pandangan atas kapasiti mereka yang berpegang kepada agama dan ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara matang dalam menguruskan hal politik,” ujar beliau.
Katanya sebelum ini hanya beberapa NGO Islam sahaja seperti Angkatan Belia Islam Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia yang menyatakan pendirian mereka supaya politik kotor dan jijik dihentikan.
Namun katanya, amat mengecewakan apabila pihak berkuasa agama Islam  termasuk di kalangan para mufti cuba menyepikan diri dalam isu berkenaan, akibat ketakutan kepada pemerintah.
Beliau menamakan bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin satu-satunya tokoh agamawan yang berani tampil untuk menyatakan pendiriannya kepada umum.
“(Mufti) Yang lain itu macam pengecut dan takut. Sepatutnya mereka bersuara tanpa kompromi,” ujar beliau.
Menurutnya, sikap berdiam diri yang ditunjuk pihak berkuasa agama Islam, termasuk para mufti di negara ini amat memalukan umat Islam.
“Sepatutnya (para mufti) kalau tidak mahu membuat kenyataan yang dikaitkan dengan politik, buat lah kenyataan yang secara umum.
“Sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kita tidak mahu agamawan yang jumud dan takut kepada peraturan pentadbiran dan karenah birokrasi,” ujarnya.
Beliau memberi contoh mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang lebih berminat untuk membincangkan tarian ‘poco-poco’ daripada membincangkan masalah besar yang melanda umat Islam.
“Tetapi soal maruah negara, soal penyelewengan dan rasuah dia berdiam diri,” ujarnya.
Tambahnya, beliau akan menghubungi kenalan di pejabat-pejabat mufti supaya mereka segera mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan pendirian dalam isu tersebut.

1 comments:

otaklunyai on March 30, 2011 at 5:30 PM said...

Sebab dulu-dulu mopti ni ni belajo poco2 je haram, RASUAH, ROGOL ANAK ORANG, BUNUH ANAK ORANG, RABA BONTOT ANAK ORANG, FITNAH ORANG, ROGOL SERTA BUNUH ANAK ORANG tak haram... dia pakai kitab ketab... Kalau dok diam2 lama2 dapat pingat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template