Wednesday, March 23, 2011

Kolonel Anatoly Tsyganok: AS parasit minyak dunia


Rakyat Libya yang berhak menentukan masa depan negara mereka bukan AS, Britain mahupun Israel APCO.

Ketua Institut Analisis Politik dan Tentera Rusia, Kolonel Anatoly Tsyganok mengatakan bahawa serangan AS dan koncu-koncunya adalah bertujuan mengaut sumber minyak Libya seperti apa yang telah dilakukannya di Iraq.

Mereka mengambil kesempatan atasa keadaan yang berlaku di Libya. Tidak perlu kemukakan alasan seperti mana serangan AS terhadap Iraq atasa alasan memerangai pengganas.

Tsyganok, Isnin (21/3) dalam wawancara dengan IRNA di Moskow berkata, Amerika dan sekutunya di Barat akan memanfaatkan kesempatan yang berlaku di Libya demi mencapai kepentingan politik dan ekonominya. Tambahnya, Barat bermaksud mahu mengawal sumber-sumber tenaga Libya dan memulihkan ekonomi mereka seperti mana apa yang telah dilakukan di Iraq.

"Rusia dan Cina serta majoriti negara dunia menentang serangan udara Barat, yang bertujuan menggulingkan rejim Gaddafi," jelasnya. Menurut Tsyganok, rakyat Libya harus menentukan masa depan negaranya sendiri dan negara-negara lain juga tidak berhak mencampuri urusan dalam negeri Libya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template